Adakah frasa di bawah betul ? 1. kami semua 2. kita semua 3. awak semua 4. kamu semua | Frasa yang gramatis ialah kami, kita, awak dan kamu. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
Apakah perbezaan penggunaan dalam kata ganti nama diri `kamu' dan `kalian'? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'kamu' bermaksud kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Kalian bermaksud awak semua atau kamu semua. Walau bagaimanapun, kalian merupakan bahasa percakapan dan perkataan yang betul ialah sekalian. | Makna | 08.02.2012 |
"Kamu" digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu sahaja ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamu bermaksud 1. kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau 2. bererti atau sama dengan kamu sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua. Berdasarkan maksud yang diberikan, kamu boleh menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu orang sahaja. | Makna | 14.04.2011 |
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi. | Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri kedua | Tatabahasa | 13.08.2007 |
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut? | Saudara, 1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya: Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan. Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim. | Tatabahasa | 13.10.2009 |
Apakah perbezaan antara " kamu" dengan "kalian"? | Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), ataupun awak, engkau, manakala kalian ialah bahasa percakapan bagi awak (kamu) semua. Oleh itu untuk situasi rasmi kamu paling sesuai digunakan. | Makna | 08.08.2008 |
Hi, nak tanya ayat berikut boleh digunakan tak? Jika tidak, apa yang sesuai? 1. Kanak-kanak semua suka binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat terhadap mendaki gunung. (atau berminat dalam?) 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Tidak mirip. Mohon jawapan dari pihak tuan. Terima kasih | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Semua kanak-kanak suka akan binatang kecil/Semua kanak-kanak menyukai binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat dalam aktiviti mendaki gunung/Saya tidak berminat untuk mendaki gunung. 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Nampaknya tidak seperti panda.
| Tatabahasa | 20.06.2019 |
Apakah pendapat anda tentang perkataan atau kata sauadara atau sauadari dalam ungkapan '' kita semua bersaudara tapi tidak wujud ayat atau ungkapan kita semua bersaudari dan dalam ayat; Ini saudara saya( Lelaki); Ini saudara saya (perempuan), semua orang bersaurdara tidak pula semua orang bersaudari. Bagaimana wujudnya kata saudari dan apa dalilnya atau anologinya, tolong jelaskan kekeliruan ini. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata saudara ialah 1. orang yang sama ayah dan ibunya 2. orang yang ada hubungan kekeluargaan, sanak 3. orang yang sama darjat 4. kawan,sahabat,teman 5. kata ganti diri kedua yang digunakan pada lelaki. Rujuk halaman 1397. Makna saudari ialah kata ganti diri kedua (seperti awak,kamu, anda)yang digunakan pada perempuan(terutamanya dalam surat-menyurat). Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1398 Oleh yang demikian tidak wujud ayat kita semua bersaudari kerana kata saudari tidak membawa makna orang yang ada hubungan kekeluargaan. | Tatabahasa | 28.01.2008 |
Nama awak siapa? soalan saya ialah adakah penggunaan kata tanya siapa di belakang salah? ada sumber menyatakan ianya adalah salah dalam penulisan kerana tidak baku. adakah semua kata tanya tidak boleh digunakan di belakang ayat? | Untuk makluman, kata tanya boleh hadir di depan ayat dan di belakang ayat. Sekiranya diletakkan di depan ayat, kata tanya perlu disertai partikel -kah. Contohnya: Berapakah harga barang itu? Harga barang itu berapa? Siapakah yang datang semalam? Yang datang semalam siapa? Bilakah mereka sampai? Mereka sampai bila? | Tatabahasa | 12.03.2012 |
Apakah perbezaan antara konteks penggunaan kata ganti diri kedua "anda", "awak" "kamu "dan "kalian"? Terima kasih | Antara perbezaan kata ganti diri kedua tersebut adalah seperti yang berikut: a) Anda ialah kata ganti diri kedua yang tidak membezakan taraf, peringkat dan umur seseorang. b) Awak ialah kata ganti diri kedua yang digunakan biasanya sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur c) Kamu ialah kata ganti diri kedua yang biasanya digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. d) Kalian ialah kata ganti diri kedua yang digunakan untuk merujuk kepada lebih seorang atau semua orang, biasanya dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 30.01.2009 |