Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi 'Preliminary Draft'? Adakah 'draf' atau 'draf awal' atau 'draf awalan' sesuai digunakan? Terima kasih. | Preliminary Draft boleh diterjemah kepada Draf Awal sama seperti Preliminary Study yang diterjemahkan kepada Kajian Awal. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.03.2014 |
1)Tangga gaji atau tanggagaji 2)Jangka waktu atau jangkawaktu 3)Jangka masa atau jangkamasa 4)Kontrak perantis atau kontrak perantisan-adakah dalam bahasa melayu perkataan ini. 5)Kelulusan awalan atau kelulusan awal | 1)tangga gaji 2)jangka waktu 3)jangka masa 4)tiada istilah dalam pangkalan data.Tetapi perkataan perantis (apprentice) dan perantisan (apprenticeship) ada.Contoh 'appenticeship training' iaitu latihan perantisan dan 'apprentiship contract' iaitu kontrak perantisan. 5)kelulusan awal | Istilah | 05.04.2011 |
Di bawah kata terbitan awalan kata adjektif ade imbuhan se yang bermaksud sama rata Adakah selepas,setiap,sehingga,setelah adalah golongan tersebut | Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda atau yang menerangkan kata nama seperti besar, tinggi dan sebagainya. Se- pula merupakan awal yang bermaksud sama, seluruh, sedari, lepas, hingga dan banyak lagi. Untuk makluman, awalan se- yang bermaksud sama/serupa boleh digunakan sekiranya se- diikuti dengan kata adjektif. Contoh: Sekecil hama, sebesar rumah, secantik bidadari dan sebagainya. Perkataan selepas, setiap, sehingga dan setelah bukanlah kata adjektif walaupun mempunyai awalan se-. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
Bolehkah awalan ayat dimulai dengan perkataan seperti berikut, - seperti, contohnya, bagi, untuk, melalui, dengan, adalah | Penggunaan kata sendi nama 'bagi', 'untuk', 'melalui', 'dengan' atau 'adalah' pada awal ayat tidak digalakkan dan dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.12.2006 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan tentang penvgunaan ujian prakursus atau ujian pra | Salam sejahtera, 1. Ujian prakursus betul penggunaannya yang merujuk kepada ujian awal sebelum kursus bermula. Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. 2. Perkataan yang betul ialah "praujian". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 17.10.2018 |
ejaan orang utan yang betul 1. satu atau dua perkataan 2. o dan u di awal huruf besar atau kecil | Ejaan yang betul ialah orang utan, ditulis dua perkataan dengan awalan setiap perkataan huruf kecil. | Ejaan | 16.01.2009 |
Assalamualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya tentang perkataan MEMPELAWA. Kenapa huruf 'p' pada awal perkataan pelawa tidak digugurkan apabia bertemu awaln meN.. sedangkan pe dalam pelawa bukanlah imbuhan | Terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kekecualian, termasuklah perkataan mempelawa. Contoh lain pelopor (mempelopori), percaya (mempercayai), punya (mempunyai) dan peduli (mempedulikan). | Tatabahasa | 08.07.2010 |
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih. | 1. ulang cetak 2. hala tuju 3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Kenapa ejaan dikemaskinikan perlu dirapatkan sedangkan kemas kini adalah kata majmuk | kemas kini ialah kata majmuk yang dieja dua perkataan. Apabila kata majmuk ini menerima apitan pada awal dan akhir kata (di-...-kan) maka terbentuklah dikemaskinikan, jika hanya menerima awalan sahaja seperti dikemas kini ejaannya masih dua perkataan. | Tatabahasa | 26.12.2012 |
Cikgu, saya ada masalah tentang kata kerja tak transitif dalam ayat larangan. 1. Jangan bermain di sini. 2. Jangan main di sini. Masalah saya ialah adakah perlunya kata kerja tak transitif dalam ayat di atas, iaitu main menerima awalan ber- menjadi bermain atau tidak perlu menerima awalan ber- kerana ini merupakan ayat larangan seperti ayat suruhan yang hanya menerima akhiran -kan dan -i untuk kata kerja transitif. | Kedua-dua ayat itu adalah betul. Kata kerja yang ada awal ber itu lebih gramatis.
| Tatabahasa | 29.05.2014 |