Tuan,ayat mana yang betul? 1)Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. 2)Wap air jika diperhatikan, kelihatan seperti awan. | Ayat (1) Wap air kelihatan seperti awan jika diperhatikan. | Tatabahasa | 29.08.2014 |
Tuan/Puan, Saya menulis emel ini bertujuan untuk menyatakan pertanyaan saya tentang kitaran air semula jadi yang terdapat dalam buku teks Sains Tahun 5 SK, m/s 162-163. Saya mendapati isi kandungan yang disampaikan tidak sama dengan buku teks Sains Tahun 5 SJK. Berikut merupakan perbandingan versi SK dan SJK bagi tajuk kitaran air semula jadi: SK Air menyejat menjadi wap air. -> Wap air terkumpul menjadi awan. -> Awan terkondensasi menjadi hujan. SJK Air menyejat menjadi wap air.(Penyejatan) -> Wap air terkondensasi menjadi titisan air.(Kondensasi) -> Titisan terkumpul menjadi awan. -> Titisan air dalam awan menjadi berat dan menurun, maka membentuk hujan. (kerpasan) Saya harap boleh mendapat penerangan yang selanjut atau apa-apa sumber yang boleh dijadikan sebagai rujukan supaya pertanyaan ini dapat diselesaikan, pada masa yang sama juga memberi maklumat yang benar dan tepat kepada murid-murid. Sekian. *Buku teks yang dinyatakan merujuk kepada buku teks KSSR | Kami mencadangkan pihak puan berhubung terus dengan Bahagian Buku Sekolah, DBP melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Zainah binti Mohd. Azahari melalui talian/e-mel 03-21479550/zainah@dbp.gov.my atau Pegawai Kanan Bahagian Buku Sekolah, Puan Zaiton binti Ismail melalui talian/e-mel 03-21479541/zaiton3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 28.01.2015 |
1.Bolehkah 'Awan itu menyelubungi gunung yang akan kita daki itu" fokus kepada pengguna kata menyelubungi 2.Terangkan penggunaan imbuhan per pada apa-apa pekerjaan seperti pertukangan | 1.Perkataan menyelubungi boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Imbuhan apitan per-an ialah apitan kata nama. Apabila menerima kata dasar seperti tukang, akan menjadi pertukangan. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 29.08.2013 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Cloud Browser"? Adakah "Pelayar Awan" sesuai digunakan? Terima kasih. | Tiada padanan untuk "Cloud Browser" dalam bahasa Melayu. Namun, untuk istilah "Cloud Computerizing" DBP mencadangkan "Pengkomputeran Awan", maka untuk istilah "Cloud Browser" istilah "Pelayar Awan" boleh digunakan. | Istilah | 02.11.2013 |
Salam. Apakah terjemahan "cloud" dalam bahasa Melayu (konteks IT atau komputer). Contoh ayat: "Direct link to your settings in the cloud" (Pautan langsung kepada tetapan anda di awan?) | Dalam bidang Teknologi Maklumat, istilah clod computing diterjemahkan kepada pengkomputeran awan. Klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cloud dan klik domain Istilah Malaysia untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2014 |
salam hormat, saudara, yang manakah yang betul: 1. Pendingin hawa / Penghawa dingin 2. kata alu-aluan / kata-kata aluan 3. Awan yang gelap itu (mengandung air / mengandungi air) | Istilah/frasa yang betul ialah: 1. penyaman udara 2. kata alu-aluan 3. awan yang gelap itu mengandungi air | Istilah | 10.03.2009 |
Assalamualaikum. Baru-baru ini DBP ada mengeluarkan 8 istilah baru ICT. Boleh ke saya dapatkan penerangan dari pihak DBP mengenai perkataan-perkataan ini: 1) Tunafoto 2) Swafoto maut 3) Pengkomputeran awan 4) Tera air 5) Butang tekan 6) Emotikon 7) Kawasan khas 8) Tapak panas Apa yang pasti ianya terjemahan daripada perkataan ICT terbaru dalam bahasa Inggeris. Boleh kami tahu bagaimana setiap perkataan ini dipilih seperti perkataan Tunafoto. Sekian. Terima Kasih. | 1) Tunafoto - Gambar foto yang terganggu atau rosak disebabkan sesuatu yang tidak dijangka semasa mengambil foto. 2) Swafoto maut - Mengambil gambar foto sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian. 3) Pengkomputeran awan - Pengkomputeran berasaskan Internet dan menggunakan teknologi komputer yang terkini. Sebutan awan merujuk kepada Internet yang selalunya diwakilkan dalam rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur kompleks yang diwakilinya. Pengkomputeran awan juga merujuk kepada penyediaan keupayaan pengkomputeran yang berkaitan dengan teknologi maklumat sebagai satu perkhidmatan yang membenarkan pengguna mencapai perkhidmatan Internet tanpa pengetahuan kepakaran terhadap teknologi infrastruktur yang menyokongnya. Contohnya, Google App menyediakan aplikasi perniagaan yang biasa secara dalam talian yang boleh dicapai melalui pelayar web manakala perisian dan data disimpan dalam pelayan. 4) Tera air - Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. 5) Butang tekan - Merupakan terjemahan bagi perkataan push-button. 6) Emotikon - Ikon untuk melambangkan perasaan dalam internet. 7) Kawasan khas - Terjemahan bagi perkataan hotspot 8) Tapak panas - Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular. Untuk makluman, istilah yang dipilih telah digubal oleh Jawatankuasa Pembentukan Istilah. | Istilah | 22.11.2017 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
bagaimana binaan format surat rasmi terbaharu? | Sdr. Awan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacaPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.na), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Penulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 06.04.2009 |
saya ingin mencari maksud MEGA? | Mega bermaksud 1. awan 2. terlalu besar atau hebat .Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1012. | Makna | 11.09.2008 |