Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa; (masih) di ~ masih belum tentu atau belum pasti lagi, tidak dapat diharapkan; hidup di ~ hidup mewah (spt orang besar atau orang kaya); serasa di atas ~ a) tinggi sekali; b) be­rasa bahagia atau senang; mengawang 1. naik tinggi ke udara, me­ninggi: belon-belon itu ~ sesudah dilepaskan; 2. memikirkan yg tinggi-tinggi, berkhayal: fikirannya ~; 3. berbuat sesuatu dgn tidak menentu atau berhati-hati (memukul, berkata, dll), merambang, mengaur; perawangan lingkungan awang-awang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; awang-awang, awang-awangan ruang di antara langit dgn bumi; angkasa. mengawang 1 naik tinggi-tinggi (ke udara); melangit. 2 tidak menentu dan bukan-bukan (ttg apa-apa yg ada dlm ingatan dsb): fikirannya ~ memikirkan yg bukan-bukan; berkhayal. 3 tidak hati-hati (ketika melakukan sesuatu): Kalau menembak, bidiklah baik-baik, jangan ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awang II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.


Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan.
Tatabahasa08.03.2015
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih.1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD)

2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar.

3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.

4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua.

5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA

6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya.

7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting.
Istilah31.08.2012
apakah Sastera Rakyat tulung jawabkan

Sastera rakyat atau sastera lisan ialah sastera yang bukan bercorak tulisan. Hasil sastera ini tersebar dari mulut ke mulut dan diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi. Sastera lisan berkembang dalam masyarakat yang mempunyai kebudayaan pinggiran yang bertamadun. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada budaya rakyat (folklore) yang merangkum semua aspek kehidupan sesuatu masyarakat.

Sastera rakyat mempunyai beberapa cirinya yang tersendiri, iaitu:

i) Sastera itu diucapkan melalui perantaraan mulut.

ii) Sastera rakyat itu lahir dalam masyarakat yang belum mencapai taraf kehidupan yang maju atau bercorak bandaran.

iii) Sifat sastera rakyat itu menggambarkan ciri-ciri budaya satu-satu kumpulan masyarakat.

iv) Hasul sastera rakyat itu dianggap sebagai milik masyarakat tanpa diketahui siapa pengarangnya.

v) Sastera rakyat tidak mementingkan fakta dan kebenaran.

Antara yang termasuk dalam sastera rakyat ialah seperti:

a) Cerita hantu atau makhluk halus seperti hantu Pocong

b) Cerita binatang seperti cerita Sang Kancil

c) Cerita jenaka seperti cerita Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai.

d) Cerita Lipur Lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Malim Deman, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Raja Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Lain-lain01.09.2009

Kembali ke atas