Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wang.a.wang] | اوڠ٢

Definisi : , awang-awangan ruang di antara langit dgn bumi; angkasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awang-awang

Puisi
 

Naik bukit bulan raya,
     Pak Awang mencari kayu;
Sudah nasib badan saya,
     Bunga yang kembang menjadi layu.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TKJawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.)Tatabahasa05.04.2012
Kenalan dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei. memberitahu bahawa terdapat kesilapan kita dalam menterjemah jawi-rumi. sepatutnya peribahasa yang betul adalah: harapkan pegar (burung pegar), pegar makan padi & bagai melepaskan batok (tempurung) di tangga bukan harapkan pagar, pagar makan padi & bagai melepaskan batuk di tangga.Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Wallahua’lam.Tatabahasa06.01.2012
Mohon membetulkan penggunaan panggilan hormat ini "YBng Prof Dr Awang Sariyan". Terima kasih.Salam sejahtera,

YBhg. Dr. Haji Awang bin Sariyan
Lain-lain23.10.2012
peringkat-peringkat perancangan bahasa

Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh merujuk buku-buku seperti dibawah :

1. Warna dan suasana : perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2006

2. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia | Prof. Dato' Dr. Hajah Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1989

3. Pembinaan Bahasa Melayu - Perancangan Bahasa di Malaysia | Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1992

Lain-lain06.04.2008
Saya pernah mempopularkan ungkapan “Buku Wajah” sebagai ganti ungkapan “Muka Buku” yang dipopularkan sebelum itu. Ada rakan kurang menyenangi usaha saya. Saya pun menggunakan ungkapan “Facebook” dan “FB” semula. Namun saya dapati Dr. Awang ...Sariyan dan beberapa orang rakan terus menggunakan ungkapan “Buku Wajah”. Sesudah beberapa kali saya mendengar penjelasan Dr. Awang bahawa orang Inggeris menukar/menyesuaikan nama Arab dengan “lidah Inggeris” apabila menterjemahkan bahan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris, saya berasa perlu untuk menjadi pengikut Dr. Awang. Apakah komen Tuan Dewan Bahasa?Bagi saya, kedua-duanya boleh sahaja digunakan kerana merujuk benda yang sama, iaitu Facebook, dan Buku Wajah sebagai ganti namanya. - ZaidiIstilah09.05.2012
saya telah membeli buku kesantunan bahasa karangan prof dr awang sariyan namun tidak dinyatakan secara khusus ciri-ciri kesantunan bahasa. harap dpt membantu dgn memberikan secara ringkas ciri-ciri kesantunan bahasa tersebut.Ciri-ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mestilah tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada, tidak biadab dll. Sdr bolehlah merujuk buku-buku berkenaan kesantunan berbahasa yang ditulis oleh penulis lain selain daripada Dr Awang.Tatabahasa08.08.2007
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini.

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci

Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990

Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000

Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005

 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Lain-lain01.05.2008
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sasteraPendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Lain-lain09.02.2008
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekianSaudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan.Lain-lain18.09.2011
123456789

Kembali ke atas