Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n kesedaran: public ~ of the drug problem, kesedaran orang ramai ttg masalah dadah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awareness


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon padangan tuan/puan tentang frasa yang sesuai bagi "time awareness" dalam bahasa melayu. contoh penggunaan adalah "Time awareness is the ability to understand and feel time, and plan time. "Cadangan padanan bagi istilah time awareness dalam bahasa Melayu ialah kesedaran masa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah14.03.2024
Apakah terjemahan tepat dalam Bahasa Melayu bagi 'organisational mindfulness' dan 'organisational awareness' ?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

organisational mindfulness - keprihatinan organisasi
organisational awareness - kesedaran organisasi
Istilah02.09.2016
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan pengesahan terjemahan bahasa melayu bagi istilah berikut dalam bidang psikologi: 1. Mindfullness 2. Conciousness 3. Awareness Biasanya orang akan terjemah kesemuanya sebagai "kesedaran" namun, ketiga-tiganya mempunyai tahapan kesedaran yang berbeza dan perlu mempunyai istilah yang khusus.Terjemahan yang sesuai bagi ketiga-tiga istilah yang diberikan, iaitu mindfullness, conciousness, awareness ialah kesedaran. Mohon berikan contoh ayat supaya pihak kami dapat memberikan maksud yang lebih spesifik mengikut konteks ayat yang diberikan.

Istilah07.11.2020
Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah accessibility? Seperti contoh: University Students’ Awareness of, Access to, and use of Artificial Intelligence for Learning. Boleh saya dapatkan definisi bagi terjemahan tersebut?Padanan bagi istilah accessibility dalam bahasa Melayu ialah kebolehcapaian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah09.06.2024
Mohon bantuan pihak DBP untuk terjemah ayat ini "IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards"Untuk makluman tuan, kami tidak meyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak ayat yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. Kami akan menyemak ejaan, penggunaan kata dan ayat tersebut.Penyemakan dan penterjemahan16.08.2017
Mohon bantuan pihak DBP untuk semak tatabahasa ayat ini yang telah dialih bahasa -BI- IOTIC initiated the development of two public awareness, education and preparedness booklets focusing on tsunami hazards -BM- IOTIC mengambil inisiatif untuk memulakan projek pembangunan dua buah buku mengenai pendidikan umum berkenaan serta ancamannya kepada manusia.
Pembetulan tatabahasa:

IOTIC mengambil inisiatif untuk membangunkan dua buku keci bertujuan untuk menyedarkan, memberi pendidikan dan mempersiapkan orang ramai berkaitan dengan ancaman Tsunami.
Tatabahasa28.08.2017
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan  kurang kesedaran.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018
Salam sejahtera. Saya pernah mengajukan pertanyaan terjemahan istilah seperti berikut dan padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah 'organisational mindfulness' - keprihatinan organisasi dan 'organisational awareness' - kesedaran organisasi. Namun, saya rasakan keprihatinan masih kurang menepati maksud 'mindfulness'. Oleh itu, saya ingin mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah 'mindfulness' iaitu 'ketarasedar'. Mohon pencerahan.Untuk istilah ketarasedar masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Terjemahan yang sesuai bagi mindfulness ialah keprihatinan yang digunakan dalam bidang psikologi. Setiap terjemahan merujuk kepada konsep dan bidang. Sekiranya puan/tuan mempunyai istilah yang ingin dicadangkan. Tuan/puan boleh melayari laman web kami melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ Istilah14.12.2016

Kembali ke atas