Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wét] | اويت

Definisi : (awét) tahan lama, tidak lekas (mudah) rosak; makanan ~ makanan yg tahan lama; mengawet, mengawetkan membuat supaya tahan lama (tidak busuk, rosak, dsb), meme­lihara atau mengekalkan (kesegaran dsb sesuatu): ~ makanan; pengawetan perihal (proses, perbuatan, dsb) mengawet; pengawet bahan yg digunakan utk meng­awet­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wét] | اويت

Definisi : /awét/ tidak lekas rosak; tahan lama: makanan ~. ~ muda sentiasa kelihatan lebih muda drpd usia sebenar. mengawetkan menjadikan tahan lama: ~ buah-buahan. pengawetan proses atau kerja menjadikan sesuatu awet. pengawet bahan yg digunakan utk mengawetkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah rumusan menentukan keselarasan vokal masih relevan dalam bahasa Melayu? Contohnya a dengan a ( talam ), a dengan i ( cantik ), a dengan u ( lampu ) dll. Mengapakah ada rumus keselarasan vokal tetapi dalam masa yang sama ada kekecualian seperti awet, lakon, tiket, forum dll

Encik Rizuan,

Sistem Keselarasan Vokal masih relevan dan menjadi panduan dalam pengejaan kata bahasa Melayu. Walau bagaimanapun terdapat kekecualaian bagi  kata daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dan bahasa di Nusantara atas sebab persetujuan bersama antara negara anggota dalam Majlis Bahasa Indonesia Malaysia(MBIM) yang kini dikenali sebagai MABBIM.  

Ejaan11.05.2010
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010

Kembali ke atas