| Soalan: Siapakah yang membakar sampah itu? Jawapan 1: Yang membakar sampah itu ialah ayah. Jawapan 2:Ayah yang membakar sampah itu. Manakah satukah jawapan yang betul. Terima kasih. | Yang membakar sampah itu ialah ayah. Ayah yang membakar sampah itu. Kedua-dua jawapan ini betul.
| Tatabahasa | 24.06.2015 |
| Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? | Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? Kata'ayah' ialah kata nama am hidup manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6 - Kata nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
| berjoging bersama-sama dengan ayah. berjoging bersama-sama ayah. berjoging bersama dengan ayah. ayat yang mana satu betul?terima kasih atas bantuan | Ayat yang betul ialah berjoging bersama-sama ayah | Tatabahasa | 07.03.2019 |
| Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul? | Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
| Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
| assalam, di sini saya ada sedikit kekeliruan, mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan: cth: Ayah Salima or ayah Salima perkataan 'ayah' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? contoh lain: abang Daniel (abang kepada Daniel) abang Daniel (panggilan untuk seorang abang) perkataan 'abang' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? | Jika perkataan ayah dan abang berada dalam ayat dituis dengan huruf kecil seperti Ali sangat menghormati keperibadian ayah Ahmad. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
| Saya ada pertanyaan tentang penggunaan sapaan dalam bidang penulisan kreatif, contohnya seperti di dalam dialog atau terjemahan sari kata. Bagi sapaan secara langsung daripada seorang anak kepada ayahnya. Contoh ayat. "Terima kasih, ayah." atau "Terima kasih, Ayah". Ayat kedua, "Apa pendapat Tuanku?" atau "Apa pendapat tuanku?". Ayat ketiga, "Adik, panggil Ayah makan." Atau "Adik, panggil ayah makan." Seterusnya, apabila perkataan "ayah" digunakan dalam nuansa yang berbeza sebagai kata ganti diri. Contoh. "Ayah rasa, ayah tak dapat pergi hari ini." Yang ini apabila seorang ayah berkata kepada anaknya dan "ayah" yang kedua bertindak sebagai kata ganti diri "saya". Adakah betul penggunaan seperti demikian dalam bidang penulisan kreatif khususnya dalam bidang penulisan dialog dan penterjemahan sari kata drama. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Dalam ayat 1 dan 3, penggunaan kata ayah dieja dengan huruf kecil pada pangkal kata “ayah” kerana ayah ialah kata nama am. Dalam ayat 2, sapaan Tuanku dieja dengan huruf besar pada pangkal kata kerana “Tuanku” ialah kata nama khas yang merujuk kata ganti nama diri kedua. Pihak puan juga perlu membetulkan ayat tersebut dengan menggunakan laras bahasa istana/bahasa diraja. “Ayah rasa, ayah tak dapat pergi hari ini.” – Teks ini dibenarkan penggunaannya dalam dialog yang tidak rasmi. | Tatabahasa | 21.02.2026 |
| Sila tanya. Ayat yang manakah betul? Ayah seorang polis. atau Ayah ialah seorang polis. atau Ayah adalah seorang polis. Terima kasih. | Tuan, Memadai sekiranya ditulis "Ayah seorang polis" sahaja. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2016 |
| Selamat sejahtera encik/puan, 1. Ayah suka minum kopi o. 2. Ayah suka minum milo. 3. Ayah suka minum kopi o beng. 4. Ayah suka minum milo beng. Adakah 4 ayat tersebut betul? Perlukah 4 nama minuman tersebut ditulis dengan huruf besar? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: - Ayah suka minum kopi O.
- Ayah suka minum kopi.
- Ayah suka minum milo O.
- Ayah suka minum milo.
1. A | Ejaan | 16.07.2023 |
| Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah. | Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah. | Tatabahasa | 18.04.2020 |