Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam goreng


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan?Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa18.07.2013
Saya mempunyai kekeliruan tentang kata kerja transitif. Di katakan bahawa kata kerja transitif aktif memerlukan objek selepas kata kerja. Contoh 1: Adik sedang makan ayam goreng di dapur Di mana ayam goreng merupakan objek. Contoh 2: Ayah sedang makan di atas rumah. Di mana tiada objek. Adakah ayat pada contoh 2 salah. Sekiranya ayat tersebut betul, saya inginkan penjelasan lebih lanjut. Terima kasih.Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut selepas kata kerja. Ayat pertama objeknya ialah ayam goreng. Ayat kedua juga merupakan ayat transitif dengan kata kerjanya makan. Dalam ayat kedua ini berlaku pengguguran atau peniadaan  objek(object deletion). Tatabahasa19.03.2008
Ali memberikan beberapa carik isi ayam goreng kepada anjing liar itu. Adakah ayat ini betul dan carik dalam ayat ini digunakan dengan betul?Penggunaan perkataan "carik" dalam contoh ayat berikut betul: "Ali memberikan beberapa carik isi ayam goreng kepada anjing liar itu." Tatabahasa29.03.2023
Salam.. Terima kasih atas khidmat DBP. Saya musykil dengan Hukum D-M iaitu istilah bagi makanan contohnya, istilah yang betul ialah kari ayam dan juga rendang ayam tetapi bagaimana dengan istilah ayam goreng / ayam golek/ ayam bakar? Harap saudara/i dapat jelaskan.Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Kari dan rendang ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam ialah unsur penerang (jenis masakan). Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). Tatabahasa04.03.2009
Saya ingin menjual tepung untuk menggoreng ayam. Apakah susunan kata yang betul untuk ditulis pada bungkusan tepung? Adakah tepung ayam goreng atau tepung goreng ayam. Terima kasih.Perkataan yang betul ialah Tepung Goreng AyamTatabahasa06.02.2021
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih)Perkataan yang sesuai ialah disaluti.Lain-lain14.01.2014
Saya ingin bertanya dari segi ejaan huruf untuk nama makanan dan minuman seperti di bawah. Adakah perlu menggunakan huruf kecil atau huruf besar bagi setiap perkataan? 'Tangan kanannya sedang memegang pinggan berisi Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng Berempah manakala tangan kirinya pula, dia memegang segelas Teh O Ais Limau.'Nama makanan atau menu ditulis dengan huruf kecil: Tangan kanannya memegang pinggan berisi nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah manakala tangan kirinya pula memegang segelas teh o limau ais.Ejaan01.05.2021
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza?Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak.Tatabahasa11.07.2014
Sila nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah. Sekiranya ayat-ayat di bawah salah, sila betulkan kesalahan ayat. 1. Berapa kalikah kamu minum susu dalam sehari? 2. Berapa orangkah yang bertugas pada setiap malam? 3. Berapa ketulkah kita boleh makan ayam goreng dalam sehari? Terima kasih. :)

Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut:

  1. Berapakah kali kamu minum susu dalam sehari?
  2. Berapakah orang yang bertugas pada setiap malam?
  3. Berapakah ketul kita boleh makan ayam goreng dalam sehari?
Tatabahasa16.02.2014
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa12.12.2013
12

Kembali ke atas