Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ayam yg di­ternak secara yg biasa dilakukan di kampung, Gallus gallus domestica; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Ayam hitam ayam didik,
     Petang-petang masuk kampung;
Tubuh hitam badannya kecil,
     Tinggal pengukur mayang nibung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya menggunakan nama "RSSTORAN ISTANA AYAM KAMPUNG" sebagai nama restoran saya.Perkataan "istana" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini kerana "istana" bermaksud rumah kediaman raja atau ketua negara. Bentuk yang betul ialah RESTORAN AYAM KAMPUNG atau RESTORAN AYAM KAMPUNG ... (diikuti oleh perkataan lain seperti nama orang dan sebagainya). Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain18.11.2014
1)Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus. jawapan melayur/memasak/membakar/memanggang...jawapan yang manakah sesuai??? 2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang...(penggunaan kacau betul atau salah dalam ayat tersebut? 3))Nenek piah ............. ayam kampung untuk menghilangkan bulu yang halus.
melayur-  lebih sesuai

2)keadaan di dalam bilik itu agak kacau kerana perabotnya tunggang langgang.
bersepah/berselerak -lebih sesuai
Tatabahasa03.09.2012
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Ayat yang betul ialah:
1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai.
2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan.
Tatabahasa01.08.2018
Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

desa kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah;
2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat;

kampung kata nama
1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur.
2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia.
3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar;
4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun;

Kata adjektif
5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung;
6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung.

Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna.
Makna10.07.2024
1. yang mana betul - seluruh penduduk kampung atau penduduk kampung. 2. ayat pasif yang mana betul- tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca gurunya atau tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. yang manakah unsur keterangan dalam ayat ini - kementerian perpaduan negara dan pembangunan masyarakat banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak. terima kasih

1. Seluruh penduduk kampung merujuk kepada semua penduduk kampung. Manakala penduduk kampung pula merujuk kepada sebahagian penduduk kampung atau penduduk kampung yang tertentu sahaja. 2. Tulisannya yang cakar ayam itu tidak terbaca oleh gurunya. 3. Keterangan ayat ini ialah "banyak menerima laporan mengenai kes penderaan kanak-kanak.

Tatabahasa03.03.2009
SOALAN PERTAMA Ayat 1 Murid-murid bermain bola dengan gembira di padang. Ayat 2 Murid-murid bermain bola di padang dengan gembira. Bolehkah saya tanya adakah Ayat 1 atau Ayat 2 yang betul? SOALAN KEDUA Ayat 3 Penduduk kampung sedang membersihkan kawasan kampung. Ayat 4 Penduduk-penduduk kampung sedang membersihkan kampung. Ayat 3 atau Ayat 4 betul? SOALAN KETIGA Adakah saya harus menulis "mengulangkaji" atau "mengulang kaji" ? SOALAN KEEMPAT Ayat 5 Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan, dan ayam. Ayat 6 Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan dan ayam. Ayat 5 atau Ayat 6 betul ? Terima kasih

1. Ayat 2 yang betul : Murid-murid bermain bola di padang dengan gembira. Tetapi sekiranya dibuang kata keterangan "dengan gembira" ayat anda menjadi lebih elok kerana dari segi logiknya orang yang bermain bola itu tidak ada yang sedih.

2. Ayat 3 Penduduk kampung sedang membersihkan kawasan kampung. Tambahkan kata "mereka" di akhir ayat.

3. "mengulang kaji"

4. Ayat 5 yang betul: Emak membeli ikan, sayur, buah-buahan, dan ayam.

Lain-lain15.03.2009

Kembali ke atas