Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam yg diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telur (kata nama)
Kata Terbitan : menelurkan,

Puisi
 

Anak undan terketik-ketik,
     Dikejar ayam patah kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam maka menjadi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara telur ayam dan ayam telur?Telur ayam bermaksud telur yang diteran keluar dari badan ayam untuk menghasilkan anak.  Manakala, ayam telur pula adalah yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya).

 

Istilah01.09.2015
encik lim memohon pinjaman dari bank untuk menjalankan projek ternakan ayam telur tuan, saya tidak faham mengapakah kesalahan ialah dari..dan bukannya ayam telur

Betul seperti pendapat saudara, penggunaan yang kurang tepat dalam ayat tersebut ialah dari dan bukannya ayam telur.

Tatabahasa03.08.2011
Ratna suka makan _________ yang digoreng oleh ibunya. Adakah betul jika murid tulis ayam telur?
Tidak sesuai. Merujuk Kamus Dewan, ayam telur  bermaksud ayam yang diternak terutamanya utk mendapatkan telurnya (bukan dagingnya)
Makna15.10.2018
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
blh saya tanya "telur rebus ayam" atau "telur ayam rebus" yang mana betul?"telur ayam rebus" betulTatabahasa18.06.2019
Salam sejahtera, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Tentang penggunaan perkataan "atau" di dalam ayat penyata. Sebagai contoh, mesin inkubator pintar itu sangat sesuai untuk telur ayam atau telur itik. Adakah betul penggunaan atau di dalam ayat tersebut? Atau perlukah tanda nokhtah (.) digantikan dengan tanda soal (?). Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Ayat yang digunakan betul kerana perkataan "atau" dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata hubung yang membawa maksud salah satu antara beberapa hal (barang, perbuatan, dll).Tatabahasa30.10.2020
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak.

Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian.

 TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih.

sebagai akibat hujan lebat -  seharusnya ditulis akibat hujan lebat.

memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan.

amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya

menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak.

Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh.

 

Tatabahasa10.07.2009
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015
Apakah penjodoh bilangan untuk sandwic? Terima kasih.Tiada penjodoh bilangan khusus bagi sandwic. Oleh sebab makanan tersebut terdiri daripada dua keping roti atau lebih yang berkapit dan berisi lauk (sardin, telur dan lain-lain) di tengah-tengahnya, maka dicadangkan penggunaan set bagi unit bilangan sandwic. Contohnya, satu set sandwic ayam dan sebagainya.Tatabahasa02.10.2019
Assalamualaikum,sy ingin meminta kepastian tentang yang berikut.Adakah semua perkataan di bawah kata majmuk?

Kata majmuk ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah kecuali kata majmuk yang sudah mantap. Kata yang bukan kata majmuk ialah pokok kaktus, Buah epal, sayur sawi, pokok ru dan telur  ayam. Sila rujuk  lampiran jawapan.




 


Tatabahasa09.07.2020

Kembali ke atas