Yang mana satu paling tepat? Ayat 1 Surah al-Baqarah Ayat 1 surah al-Baqarah Ayat 1 Surah Al-Baqarah | Penggunaan yang tepat ialah Surah al-Baqarah 2:1 Walau bagaimanapun, sekiranya ia terletak di tengah-tengah ayat, hendaklah ditulis"... ayat 1 Surah al-Baqarah ..."
| Lain-lain | 19.11.2020 |
Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih. | 1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.1"> 2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.1"> 3. Kata “dengan” boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat. | Tatabahasa | 05.10.2022 |
Soalan 1. Ayat 1 : "Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya". Mengapakah kata sendi nama "pada" digunakan tetapinya bukan "kepada". Apakah alasannya yang menjadikan ayat ini gramatis. | Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya. Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran bagi kata kerja berkenaan. Kata sendi nama "pada" berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274 - 275.
| Tatabahasa | 07.09.2021 |
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? 1. Dia menggosok baju dia. 2. Dia menggosok bajunya. 3. Siti kepenatan, jadi dia berehat. 4. Ibu menasihati Ali supaya jangan menggunakan telefon terlalu lama. 5. Kamal berasa takut untuk menerima kertas ujiannya. | Untuk ayat 1 dan 2, ayat 2 betul, manakala ayat 1 salah. Ayat 3, 4 dan 5 betul. | Tatabahasa | 24.08.2021 |
Salam tuan. Kedua-dua soalan saya berkaitan dengan ayat tanya. Antara ayat 1,ayat 2 dan ayat 3 di bawah,yang manakah betul? 1. Apakah perlu kamu buat? 2. Apakah yang perlu kamu buat? 3. Apakah yang kamu perlu buat? Antara ayat-ayat di bawah, yang manakah betul? 1. Apakah kamu sedang membuat? 2. Apakah yang kamu sedang membuat? 3. Apakah yang sedang kamu buat? 4.Apakah sedang kamu buat? Sekian,terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1. Apakah yang perlu kamu buat? 2. Apakah yang sedang kamu buat? | Lain-lain | 22.01.2023 |
Adakah ayat: 1. ...516 buah keluarga atau ... 516 keluarga? 2. ...dalam kalangan 120 pasangan? ...dalam kalangan 120 orang pasangan? Mohon pencerahan. | “516 buah keluarga” “Dalam kalangan 120 pasangan” dan perlu dilengkapkan pasangan apa, contoh 2 pasangan kekasih, | Lain-lain | 20.05.2022 |
Betul atau salah penggunaan kata memasak dalam ayat-ayat berikut: Ayat 1: Ibu memasak ikan goreng di dapur. Ayat 2: Ibu memasak mi goreng di dapur. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, dibolehkan juga menggunakan ayat “Ibu menggoreng ikan di dapur” dan “Ibu menggoreng mi di dapur” sebagai altenatif. | Tatabahasa | 19.08.2023 |
Saya nak bertanya penggunaan noktah untuk subtajuk seperti di bahawh. Perlukah diletakkan noktah pada setiap akhir ayat? Terima kasih. 1.0 Pengenalan Kepada Pengurusan Acara 1.1 Menerangkan asas pengurusan acara 1.1.1 Menerangkan definisi pengurusan acara 1.1.2 Menyatakan proses pengurusan acara 1.1.3 Mengenal pasti kategori acara 1.1.4 Mengenal pasti jenis-jenis acara 1.1.5 Mengenal pasti ciri-ciri saiz acara | Noktah tidak perlu diletakkan pada subtajuk. | Lain-lain | 22.04.2021 |
Saya ingin bertanya ayat 1.Organizational Citizenship behaviour jika di terjemahkan dalam Melayu bagaimana ya. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior ialah Sikap Warga Organisasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2022 |
Boleh bagi pencerahan tentang penggunaan ayat ....1. ...yang kami makan di gerai itu' dengan '2....yang telah kami makan di gerai itu'. Adakah no 2 juga betul? | Frasa yang betul ialah ... yang kami makan di gerai itu. | Lain-lain | 07.09.2020 |