Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayat air


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kesalahan ayat: Air bertakung di tepi jalan itu memercik semasa kereta melalui situ.Perkataan yang sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah terpercik.  Air bertakung di tepi jalan itu terpercik semasa kereta melalui situ.Tatabahasa04.07.2012
Salam Sejahtera. Mohon penjelasan Tuan/Puan berkenaan dengan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat berikut. Difokuskan kepada pemilihan kata yang digunakan sama ada sesuai atau salah. (Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Sendi) 1. Sungai merupakan sumber semula jadi dalam ia mempunyai banyak ekosistem contohnya ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain. 2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, hari itulah kematian masyarakat. 3. Kepentingan sungai kepada masyarakat mempunyai beberapa utama iaitu sebagai sumber air kepada kita. 4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir ke gunung dan lalu ke tanah selepas itu air akan menjadi sedap dan bersih dan lalu ke sungai. 5. Sungai yang bersih dan besar akan mempunyai banyak ekosistem yang besar dan mempunyai banyak ikan, udang dan lain-lain. 6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak. 7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan protein, 8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya. Ayat ini merupakan tulisan karangan pelajar sekolah menengah berkaitan tajuk kepentingan sungai. Mohon penjelasan tentang kesalahan bahasanya. Terima kasih.Bentuk ayat yang betul ialah:
1. Sungai merupakan sumber semula jadi yang mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang, tumbuhan dan lain-lain.
2. Jika pada suatu hari air sungai tidak lagi ada, itulah hari penamat bagi manusia.
3. Antara kepentingan sungai kepada masyarakat termasuklah sebagai sumber air kepada kita.
4. Air sungai berasal dari air hujan yang mengalir dari gunung ke tanah selepas itu dan sungai.
5. Sungai yang bersih dan besar mempunyai pelbagai hidupan seperti ikan, udang dan lain-lain.
6. Protein dapat memulihkan organ otak tisu yang rosak.  (semak kesahan fakta ini)
7. Sungai adalah penting untuk manusia kerana ia merupakan sumber air dan membekalkan sumber protein.
8. Kita harus bersama-sama menjaga kebersihan sungai supaya kita dapat menggunakannya selama-lamanya.
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan untuk menyemak penggunaan kata dan ketepatan ayat yang dibina.
Lain-lain27.11.2017
Apakah jawapan jawapan yang betul untuk ayat ini ? Air ( dari/ daripada ) air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik.Air daripada air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik.Tatabahasa26.12.2014
Antara 4 ayat ini, yg manakah tepat? 1. Berikan dia air. 2. Beri dia air. 3. Beri air kepada dia. 4. Berikan air kepada dia. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah berikan air kepada dia, berikan dia air.Tatabahasa01.09.2021
Salam sejahtera, 1.Encik Lau (mengisi) air ke dalam botol. 2.Encik Lau (mengisikan) air ke dalam botol. 3.Encik Lau mengisi air (di) dalam botol. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: 2. Encik Lau mengisikan air ke dalam botol. Tatabahasa12.10.2021
Salam sejahtera. Merujuk ayat- ayat di bawah, yang mana satukah ayat yang betul? 1. Kejadian kepala air ialah fenomena semula jadi. 2. Fenomena kepala air ialah kejadian semula jadi. Terima kasih.

Penggunaan kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama. Maka, ayat yang sesuai “Kepala air ialah fenomena alam.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 263 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 596.
Tatabahasa10.11.2025
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih.Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur.  Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandinganTatabahasa01.05.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan ADA di depan kata kerja. Adakah ini bermakna ayat -ayat berikut betul? 1."Awak ada makan?" 2.Ali ada minum air 3. Muthu ada tidur. 3. Hasan ada mandi.Penggunaan perkataan ada di hadapan kata kerja bergantung pada kata kerja yang hadir selepas perkataan ada.  Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan ada tidak tepat. Penggunaan perkataan yang betul ialah:

1."Awak ada makan?"
 Awak ada makanan?/ Awak sudah makan?

2.Ali ada minum air.
Ali sudah/telah minum air.

3. Muthu ada tidur.
Muthu telah/sedang  tidur.

Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna ada.

3. Hasan ada mandi.
Hasan sudah/telah/sedang mandi.
Tatabahasa14.08.2013
Manusia mesti sayang air kerana tidak air semua orang akan mati. Ayat ini betul?Ayat ini kurang tepat dan berbunyi janggal. Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi "Manusia harus menghargai air kerana tanpa air manusia akan mati.Tatabahasa09.11.2014
12345678910...

Kembali ke atas