| Apa terjemahan 'avast' dan 'aye' yang biasanya digunakan oleh lanun? | “Avast” bermaksud “berhenti”. Perkataan ini digunakan dalam bidang yang berkaitan dengan pelayaran kelasi atau perkapalan. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN). “Aye” bermaksud “baik tuan!”. Perkataan ini ditandai dengan tanda arkaik (tidak lazim digunakan) dalam kamus. (KAMUS INGGERIS-MELAYU DEWAN dan KAMUS DEWAN PERDANA).
| Makna | 03.07.2022 |