Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar". 2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu". 3. Janji temu. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu. | Kata <i>dii> digunakan untuk tempat sahaja. Kata <i>padai> digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. <i>Contoh: i> a. <i>Dii> musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah) ~ <i>Pada i>musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul) b. Ayu berkebun <i>pada i>belakang rumah. (salah) ~ Ayu berkebun <i>dii> belakang rumah (betul) Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan. | Tatabahasa | 07.10.2017 |
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
Assalamualaikum. Tuan, mohon bantuan Adakah penggunaan kata 'kerja buat' istilah yang betul dalam pembinaan ayat mahupun percakapan. | 1. Tidak ada frasa "kerja buat" dalam pangkalan data kami. Jika ada contoh penggunaan frasa tersebut sila maklumkan kepada kami untuk kami mengenal pasti/mencadangkan makna yang sesuai. 2. Perkataan yang betul ialah Membuat Kerja contohnya, Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) | Tatabahasa | 27.06.2019 |
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.1"> Contoh lain:1"> Saya sudah membuat kerja itu. 1"> Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)1"> Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.1"> 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 1"> Contoh lain:1"> Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.1"> Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll. | Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 14.03.2013 |
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. 1"> 1"> Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.1"> 1"> 1.0cm;"> Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan <i>bicyclei> itu sendiri merupakan gabungan daripada <i>bii>- (bahasa Inggeris) dan <i>kuklosi> (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi <i>bicyclei>. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.1"> | Istilah | 06.11.2015 |