Assalamualaikum. Penamaan atau label sesuatu bangunan adakah memerlukan ditulis "Bangunan Pentadbiran Umar Abd Aziz" atau "Umar Abd Aziz" sahaja? Begitu juga dengan bilik kuliah atau bilik mesyuarat adakah perlu ditulis labelnya "Bilik Mesyuarat (atau Bilik Syura) Abu Bakar" atau cukup "Abu Bakar" sahaja? Terima kasih. Wassalam. | Keterangan nama perlu ada dalam setiap penamaan seperti contoh yang tuan berikan Bangunan Pentadbiran Umar ABd. Aziz, Bangunan Pentadbiran (keterangan nama) dan Umar Abd. Aziz (nama bangunan) dan begitu jugalah dalam penamaan yang lain. | Tatabahasa | 30.01.2013 |
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Lain-lain | 29.04.2009 |
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz . | Ejaan | 07.06.2013 |
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | Lain-lain | 15.11.2010 |
Assalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan maklumat tentang teori rasa-fenomenologi yang dikemukakan olah Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Semiotik.. Saya telah merujuk buku tetapi maklumat terlalu sedikit.. Harap pihak DBP dapat membantu saya.. Saya juga inginkan panduan untuk membuat ulasan sajak dan ulasan artikel dengan mengaitkan beberapa teori.. Terima kasih.. | Salam. Untuk makluman DBP telah pun menerbitkan buku Pihak DBP juga telah menerbitkan buku mengenai semiotik. Sila rujuk dalam laman DBP. Saudari juga boleh mendapat buku tentang analisis puisi oleh Rahman Shaari. | Lain-lain | 18.07.2009 |
Tiada soalan, tapi nak minta bantuan. Tolong beri tajuk buku karya Prof Ungku Aziz tentang Pantun yang diterbitakan oleh DBP | | Lain-lain | 14.09.2011 |
Assalamualaikum,saya Norain Hassan pelajar dari UPM,serdang.Di ruangan ini bolehkah saya ingin bertanyakan nombor telefon yang boleh menghubungi Dato A.Aziz Deraman,kerana saya ingin menemuramah beliau untuk menyiapkan tugasan saya bagi subjek pengajaran kesusasteraan. Harap kerjasama tuan dapat membantu saya.Terima kasih. | Untuk makluman sdr., YBhg. Dato' Aziz Deraman boleh dihubungi melalui no. telefon/faks: 03 89381063, e-mel: adeputragong@yahoo.com dan alamat: Dangau Kasih, No. 12 Jalan BPP 4/2, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor D.E., Malaysia.
| Lain-lain | 29.01.2011 |
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ | 1. Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. jawapan tepat ialah Tuanku. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja. 3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
tuan, Penggunaan berdasarkan atau berasaskan contoh ayat: Rayuan penetapan gaji permulaan berdasarkan atau berasaskan pengalaman. | Encik Abdul Aziz, Ayat yang betul ialah berdasarkan pengalaman. | Tatabahasa | 10.06.2010 |
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenian | Sila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986 | Lain-lain | 20.06.2007 |