Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu sejak kemunculannya hinggalah ke hari ini? | Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , Bab 1; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI); Ismail Husin (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita (DBP). | Lain-lain | 16.03.2008 |
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17? | Sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17 dibincangkan secara ringkas dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, BaB 1. Rujuk juga buku Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); dan Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI). | Lain-lain | 16.03.2008 |
Nazrul Tamdjis Dec 16th, 6:28pm Salam. Saya ada membeli buku lorong karya Othman Hj Zainuddin. bila sy baca 3 /4 buku baru perasaan buku ini salah dicetak. bab 1,2 dan 3 diulang cetak di bahagian belakang menyebabkan cerita tergantung. Saya membelinya di pesta buku 1 Malaysia. Amat mengecewakan | Waalaikumussalam. Encik Nazrul, pertama sekali saya memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Dalam hal ini, saya memohon tuan mengembalikan buku tersebut kepada pihak Koperasi yang berpejabat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sekiranya tuan berada di Kuala Lumpur atau kawasan yang berhampiran dengannya, tuan boleh datang sendiri dan berjumpa dengan pegawainya, Encik Isa bin Khamis ataupun Encik Mat Zaini bin Mat Noor untuk penggantian buku tersebut. Pegawai ini boleh dihubungi melalui telefon 03-21479675/0102637174. Untuk keterangan lanjut, tuan juga boleh menghubungi editor buku tersebut, Puan Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdul Hadi di talian 03-21479516. Pada naskhah yang kami ada, tidak berlaku kesilapan tersebut. | Lain-lain | 16.12.2014 |
saya ingin bertanya apakah objektif, ciri-ciri dan kepentingan bahasa dan budaya Melayu...kerana saya ingin membuat satu brosur mengenai kempen bahasa dan budaya Melayu... | Bagi membantu puan menyediakan brosur kempen bahasa dan budaya Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat - Bab 1 : Sejarah dan Variasi bahasa; juga buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar (DBP, 2008); atau rujuk laman sesawang DBP. | Lain-lain | 25.04.2010 |
1. Penomboran bab untuk tesis, apakah cara penulisan bab yang betu..BAB I ATAU DI EJA..BAB SATU.. 2. Ejaan sosio ekonomi yang betul? | 1. Penomboran bab bergantung pada gaya penulisan sama ada ditulis huruf atau dieja, kedua-duanya diterima. 2. Ejaan yang betul ialah sosioekonomi. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Salam, bagaimanakah kita membezakan penggunaan "mengatakan" dan "mengatakan bahawa" ? Adakah kedua-dua boleh digunakan, ialah perkataan "bahawa" telah digugurkan? contoh: (ayat bukan bersifat dialog) 1. Bab satu mengatakan bahawa latar belakang watak utama. / Bab satu mengatakan latar belakang watak utama. 2. Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan / mengatakan bahawa kamu sudah naik berang. 3. Jika kamu mengatakan / mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Perkataan mengatakan membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen, seperti ayat Dia mengatakan bahawa dia akan berangkat besok. Perkataan mengatakan juga boleh membawa maksud menyifatkan atau memisalkan, seperti dalam ayat Ali mengatakan Ahmad sebagai kambing kerana dia takut mandi. Ayat yang betul: 1. Bab satu mengatakan latar belakang watak utama; Selepas mendengar hal ini, saya dapat mengatakan bahawa kamu sudah naik berang; dan 3. Jika kamu mengatakan bahawa kamu memerlukan keluarga, itu hanya bermaksud kamu ingin sekali untuk berkahwin. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Berikan saya sumber rujukan atau bukti yang menyatakan asal kata dalam bahasa Melayu hanya ada tiga perkataan iaitu "babi, besi dan batu". Terima kasih | Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bahawa perkataan padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 09.04.2010 |
Salam sejahtera untuk tuan/puan sekalian. Berkenaan dengan sejarah tulisan bahasa Melayu, biasanya sejarah bahasa amat sukar untuk saya fahami. Jadi bagaimanakah perkembangan sistem bahasa dan tulisan bahasa Melayu berkembang, bermula dari sistem tulisan Melayu kuno sehinggalah sistem tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang iaitu tulisan rumi. Huraikan secara terperinci mengenai sistem ejaan, dan sistem tulisan bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih di atas pertolongan tuan/puan. | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1 : Sejarah Ringkas Bahasa Melayu; Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP); Ismail Hussain (1966), Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita; Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.07.2008 |
Terdapat empat perkataan asli bahasa Melayu, iaitu padi, besi, babi, dan ubi. Soalannya, apakah bukti keempat-empat istilah ini ditemui? Jika ada, sila berikan judul rujukan tersebut supaya saya boleh merujuknya. Bilakah istilah-istilah tersebut bermula dalam kosa kata bahasa Melayu? Terima kasih. | Ada pendapat mengatakan kata padi, besi, babi, dan ubi merupakan kata asli bahasa Melayu, walau bagaimanapun tiada bukti kukuh tentang kesahihan pendapat tersebut. Untuk membantu saudara menyelesaikan tugasan kuliah saudara, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (Bab 1: Sejarah Ringkas Bahasa Melayu) penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. Saudara juga boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu Edisi Kedua, penulis: Asmah Haji Omar. Saudara juga digalakkan membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Tatabahasa | 06.04.2010 |
saya Nusmi Doloh sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,UIY.inign tanya,buku tentang bahasa Melayu diselatan Thai.Terimakasih. | Untuk makluman tuan, buku khusus mengenai bahasa Melayu di selatan Thai tiada dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dalam bab 1 yang menerangkan perkembangan bahasa Melayu. Tuan juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mencari bahan bacaan tentang bahasa Melayu. Berikut bahan bacaan yang boleh dirujuk: Bahasa Melayu di selatan Thai pupus? | Raja Masittah Raja Ariffin | Pelita Bahasa | 1 April 1992 | Politik dan bahasa Melayu di Selatan Thai | Worait @ Haji Ahmad Idris | Dewan Bahasa | 1 August 2002 | Bahasa Melayu sebagai wahana kedamaian di Selatan Thai | Phaosan Jehwae | Dewan Bahasa | 1 May 2009 | Peranan bahasa Melayu dalam pengajaran Islam di Selatan Thai | Hasan Haji Mohammad Zen | Jurnal Dewan Bahasa | 1 July 1992 | | Lain-lain | 24.10.2013 |