Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membabak menahan darah drpd mengalir keluar: ~ luka pd dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata babak II


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum 1. Saya nak tanya berkenaan ayat monolog, adakah menggunakan petik kata tunggal, ' ' atau pengikat kata " ". Contoh ayat, 'ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini' atau "ya Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini". 2. Saya nak tanya dalam dialog atau monolog, penggunaan kata hmm, argh, haha, dan ayat yang menunjukkan eksperesi atau emosi dipanggil apa ya? 3. Kalau baca dalam sesetengah buku cerpen atau antologi, ada tanda ***** di akhir penceritaan. Apa nama tanda tersebut?

1. Monolog terbahagi kepada dua:

i. Monolog dalaman iaitu percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Untuk monolog dalaman, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik tunggal (‘ ’).

ii. Monolog luaran iaitu percakapan watak dengan dirinya sendiri. Watak berdialog dengan diri sendiri dengan mengeluarkan suara, sama ada kuat atau hanya dapat didengari oleh dirinya sahaja. Untuk monolog luaran, tanda petik yang digunakan ialah tanda petik (“ ”).

Contoh ayat yang diberikan tidak menyalahi penggunaan tanda petik (‘ ’) atau tanda petik (“ ”) kerana ayat tersebut boleh diucapkan secara monolog dalaman atau luaran.

a. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini.'

b. "Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk hadapi ujian ini."

 

2. Dalam “dialog” atau “monolog”, penggunaan perkataan seperti hmm, argh, haha dan seumpamanya dipanggil sebagai “ekspresi”, untuk menggambarkan emosi watak sama ada suka, duka, marah dan lain-lain lagi.

 

3. Tidak ada nama khusus bagi tanda tersebut. Dalam penulisan karya kreatif, tanda sedemikian biasanya digunakan untuk menunjukkan “peralihan daripada satu kisah atau babak kepada kisah atau babak yang lain”. Walau bagaimanapun, setiap kisah atau babak tersebut mempunyai pertautan.  

Lain-lain18.11.2021
SAYA INGIN TAHU TENTANG BILA MASA KITA PERLU MENGGUNAKAN TANDA-TANDA SEPERTI /,:,;,",',.,&,! DLL. PERLU ATAU TIDAK PERKATAAN SELEPAS ITU DIJARAKKAN ATAU MENGGUNAKAN HURUF BESAR ATAU KECILMenurut buku Gaya Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat beberapa fungsi bagi tanda-tanda yang dinyatakan.
1. Tanda Titik Bertindih ( : )
a) Memperkenalkan atau menambah keterangan.
contoh : Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas. (selepas 'sahaja' terus tanda titik bertindih dan barulah ada jarak dan huruf besar)
b) Memisahkan:
i) subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.
ii) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem.
iii) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran.
iv) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid.
v) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah.
vi) tahun dan halaman rujukan  bagi penerbitan.
vii) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi.
c) Menunjukkan nisbah.

tanda seru ( ! )
- Digunakan dalam ayat seperti berikut Amboi, cantiknya pakaian dalam almari itu!
-Huruf besar selepas tanda seru.

Sila rujuk Buku Gaya Dewan untuk keterangan dengan lebih lanjut beserta contoh penggunaan simbol yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Tatabahasa11.09.2012
Tuan, Cara pengunaan tanda bacaan yang tepat. bagaimanakah kita menggunakan titik bertindin (:). adakah kita menggunakan huruf besar atau kecil bagi memulakan ayat selepas titik bertindih. Contoh 1. ...yang dinyatakan seperti berikut: (i) mengenalpasti atau Mengenalpasti contoh 2. Merujuk kepada senarai di bawah. (i) isu atau Isu yang dikenalpasti. Terima kasih atas bantuan

Tidak ada format yang ditetapkan berkenaan penggunaan huruf besar atau huruf kecil selepas titik bertindih. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menjadikan buku Gaya Dewan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan. Menurut buku tersebut, fungsi titik bertindih adalah seperti yang berikut:

1. Untuk  memperkenalkan atau menambah keterangan

2. Untuk memisahkan
(a) Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan

(b) Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem
(c) Nombor surah daripada nombor ayat dalam al-Quran
(d) Nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid
(e) Nombor jilid, bilangan, dan halaman rujukan majalah
(f) Tahun dan halaman rujukan bagi penerbitan
(g) Tempat terbit dan nama penerbit dalam penulisan biblografi

3. Untuk menunjukkan nisbah

 

Berdasarkan contoh yang diberikan, dicadangkan supaya digunakan huruf besar selepas titik bertindih.

(i) Mengenal pasti contoh

(ii) Isu yang dikenal pasti

Tatabahasa26.09.2021

Kembali ke atas