Saya ingin merujuk kepada istilah iaitu antara "awal bacaan" , "bacaan awal" dan "awal membaca". Istilah mana yang betul untuk penulisan dalam teks? | Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bacaan awal yang merupakan padanan daripada istilah bahasa Inggeris "initial reading". Istilah "awal bacaan" dan "awal membaca" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 05.05.2012 |
mengimamkan bacaan doa atau mengimami bacaan doa... | Frasa yang betul ialah "mengimami bacaan doa", mengimami bermaksud memimpin. | Tatabahasa | 05.07.2011 |
Assalamualaikum WBT, apakah padanan kata bagi teknik bacaan "skimming" dan "scanning"? Terima kasih. | Padanan kata dalam bahasa Melayu bagi teknik bacaan skimming ialah bacaan selayang. Padanan untuk teknik scanning kami cadangkan bacaan imbasan dalam bahasa Melayu. | Makna | 08.10.2021 |
Salam, boleh nyatakan apakah ciri-ciri bahan bacaan umum? | Tidak ada definisi bahan bacaan umum dalam sumber rujukan kami. Umum bermaksud tidak khas. Apa yang boleh dikaitkan dengan bahan bacaan umum ialah bahan bacaan yang bukan dalam genre tertentu seperti Perubatan, Ekonomi dan Tenologi Maklumat. | Lain-lain | 29.08.2012 |
1. Saya suka membaca buku di bilik bacaan pada waktu petang. 2. Saya suka membaca buku pada waktu petang di bilik bacaan. Yang manakah betul? | Kedua-dua ayat di bawah adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya suka membaca buku di bilik bacaan pada waktu petang. 2. Saya suka membaca buku pada waktu petang di bilik bacaan. | Tatabahasa | 08.12.2022 |
Apakah terdapat kesalahan tatabahasa atau kekeliruan jika tajuk berikut dijadikan tajuk buku: "Bacaan Kebudayaan China". Buku ini menerangkan kebudayaan China dari pelbagai sudut, termasuk falsafah, kesusasteraan, adat resam dan sebagainya. Adakah "Buku Bacaan Kebudayaan China" lebih sesuai? Apakah terdapat istilah yang lebih sesuai bagi menerangkan erti bahan bacaan umum? Terima kasih | - Dari segi makna, Bacaan Kebudayaan China seperti membawa maksud “membaca adalah budaya masyarakat China”, dan tidak menggambarkan tentang buku yang menceritakan tentang kebudayaan negara China.
- Sekiranya penulisan buku ini berkisar pada kebudayaan China, pemilihan tajuk yang jelas dan gramatis perlu dibuat, bergantung pada kesesuaian kandungan buku dengan pemilihan tajuk. Contohnya, KEBUDAYAAN NEGARA CHINA, BUDAYA TRADISIONAL CHINA, SEJARAH DAN KEBUDAYAAN CHINA dan sebagainya. Perkataan “Buku” tidak sesuai dijadikan tajuk.
| Lain-lain | 04.04.2025 |
Cara bacaan perkataan yang berakhir dengan 'me', contohnya 'fatalisme' adakah dibaca mi ataupun ma. Terima kasih. | Perkataan yang berakhir dengan -me dibaca me (e - pepet). | Tatabahasa | 17.11.2015 |
Apakah tanda bacaan yang tepat untuk memulakan petikat ayat al-Quran, contoh; Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya: Ada disebut sebagaimana maksud firman-Nya, tanda koma atau noktah bertindih? | Penggunan tanda baca yang betul ialah titik bertindih selepas perkataan Firman-Nya: | Lain-lain | 28.08.2021 |
Definas bahan bacaan ilmiah/bahan ilmiah | ilmiah Ar bersifat (secara) ilmu pengetahuan, keilmuan, akademik: penerbitan majalah-majalah ~ boleh dikatakan sangat kurang; keilmiahan perihal atau sifat ilmiah. Untuk makluman sdr. pihak DBP ada menyediakan perkhidmatan Kamus Dalam Talian dalam Laman web : www.dbp.gov.my | Lain-lain | 01.09.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa terjemahan berikut: 1. A Reading Book Of China’s National Condition a) Buku Bacaan Keadaan Semasa Negara China b) Buku Bacaan Hal Ehwal Semasa Negara China c) Buku Bacaan Keadaan Negara China 2. Illustrated China a) Peristiwa Bergambar Negara China b) Cerita Bergambar Negara China 3. People's livelihood a) Sara hidup rakyat b) Kehidupan rakyat 4. Special Report on National Condition a) Liputan Khas Keadaan Semasa Negara b) Laporan Khas Keadaan Semasa Negara 5. Special topic / special feature on national condition a) Topik Khas Keadaan Semasa Negara b) Rencana Keadaan Semasa Negara 6. Fascinating National Condition – Pesona Keadaan Semasa Negara 7. Hong Kong's Return to China / Handover of Hong Kong a) Penyerahan Hong Kong kembali kepada Pemerintahan China b) Penyerahan Kedaulatan Hong Kong kepada Pemerintahan China Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. A Reading Book of China’s National Condition: Buku Bacaan Berkaitan Keadaan Rakyat/Negara China 2. Illustrated China: Maklumat Berilustrasi Negara China 3. People's Livelihood: Mata Pencarian Rakyat 4. Special Report on National Condition: Laporan Khas Berkaitan Rakyat/Negara 5. Special Topic/Feature on National Condition: Topik Khas Berkaitan Rakyat/Negara 6. Fascinating National Condition: Keadaan Rakyat/Negara yang Mempesonakan/Mengagumkan/Menakjubkan 7. Hong Kong's Return to China/Handover of Hong Kong: Penyerahan Semula Hong Kong kepada Negara China Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.05.2021 |