Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. unmarried man, /lelaki, orang/ bujang; (specif young bachelor) teruna, orang bujang; /remain, stay/ a ~, (hidup) membujang; 2. (attrib), (masih) bujang: in my ~ days, sewaktu saya masih bujang; 3. (holder of) first degree, Sarjana Muda: B~ of Arts, Sarjana Muda Sastera. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bachelor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan?Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu.Lain-lain02.07.2012
master of business administration bachelor ofsarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaanLain-lain10.02.2009
Ly Iza SUN 14:51 Assalamualaikum Datuk/puan yang hormati: Saya dari Kemboja pelajar lulusan Agama peringkat bachelor degree di Saudi Arabia, Riyadh city, dan lulusan peringkat masters degree di kemboja. Saya dapat maklumat dalam Facebook, bahawa ada jawatan kosong diiklankan, maka saya ingin bertanya adakah dapat menerima orang Kemboja berkerja di sana? Harap tuan/puan maaf kami kerana soalan ini, jutaan terima kasihWaalaikummusalam, Tuan/Puan, Untuk makluman tuan/puan, jawatan kosong yang dibuka khas untuk Rakyat Malaysia yang memiliki syarat kelayakan yang dinyatakan dan syarat tambahan yang lain. Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi staf kami melalui e-mel alias@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9345 Terima kasih.Lain-lain19.03.2017
Adakah perkataan "bacelor" yang setara dengan sarjana muda boleh digunakan dalam penggunaan Bahasa Melayu? Contohnya Bacelor Pentadbiran Perniagaan.Perkataan "Bacelor" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP.  Istilah bahasa Melayu untuk "Bachelor" ialah Sarjana Muda. Contohnya, Sarjana Muda Pentadbiran PerniagaanIstilah15.08.2016
Cara penulisan yg betul bagi kata nama khas Umum mengetahui bahawa perkataan dalam Bahasa Inggeris perlu diitalikkan sekiranya dicampurkan dengan teks dalam Bahasa Melayu. Soalan saya, adakah yg dalam kurungan juga perlu diitalikkan? Sebagai contoh, Bachelor of Engineering Technology (Electrical & Electronic) (Honours). Terima kasih.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (2023)halaman 153, huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan.

Contoh:

1. Bachelor of Engineering Technology (Electrical and Electronic) (Honours)
2. suai padan (copy fitting), kebebasan seni (poetic licence) dan kos sut (marginal cost).

Ejaan05.09.2024

Kembali ke atas