Kami "berlatih" badminton atau kami " melatih " badminton? Manakah satu ialah jawapan yang paling betul? Apakah perbezaan " berlatih " dan " melatih"? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kami berlatih badminton". Berlatih bermaksud "memahirkan diri", ayat "Kami berlatih badminton " bermaksud kami memahirkan diri dengan permainan badminton, manakala melatih bermaksud "mengajar atau mendidik supaya mahir", ayat "Kami melatih badminton" bermaksud kami mengajar atau mendidik badminton, jelas sekali ayat ini tidak tepat maknanya. | Tatabahasa | 22.06.2009 |
Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN) | Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Navin mahu bermain bola atau badminton? Navin mahu bermain bola atau bermain badminton? Navin mahu bermain bola atau mahu bermain badminton? Yang mana satu betul? Atau semuanya betul? | Ayat yang paling tepat ialah "Navin mahu bermain bola atau badminton". Ayat yang lain mengandungi unsur lewah. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Yang manakah betul? Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak ATAU Jawatankuasa Pengelolaan Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Badminton Terbuka Sarawak. | Tatabahasa | 02.03.2010 |
pasukan badminton negara telah membawa balik sebiji piala pusingan berserta hadiah wang tunai Tuan, kesalahan pada sebiji.. tuan, apakah perkataa yang sesuai digantikan. TQ | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah piala. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami) | Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Salam Mana satu penggunaan yang betul, bulu tangkis atau bola tangkis? (untuk merujuk bola yang digunakan dalam permainan badminton) Adakah penggunaan bola tangkis boleh digunakan? terima kasih | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, bulu tangkis didefinisikan sebagai a. badminton. b. bola yang digunakan dalam permainan badminton. Oleh itu, penggunaan perkataan yang sesuai ialah bulu tangkis | Makna | 25.02.2019 |
Ayat mana yang betul? a) Warna kegemaran saya ialah biru. b) Warna kegemaran saya adalah biru. c) Hobi saya ialah bermain badminton. d) Hobi saya adalah bermain badminton. e) Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. f) Cita-cita saya adalah menjadi seorang doktor. Terima Kasih. | 1. Warna kegemaran saya ialah biru. 2. Hobi saya bermain badminton. 3. Cita-cita saya menjadi seorang doktor. | Tatabahasa | 06.09.2016 |
Mereka sedang menarik tali jaring badminton itu. Perkataan berlawan bagi menarik ialah ( menyorong, melepaskan, mendorong, menghulur ) | Antonim bagi menarik ialah menolak. Bagi perbuatan menarik jaring badminton, antonim bagi perkataan tersebut memasang jaring. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
saya ingin tanya penggunaan penjodoh bilangan untuk pokok dan raket badminton (sebuah atau sebatang) | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang pokok dan sebatang raket badminton. | Lain-lain | 23.05.2018 |