1)Hasrat Pak Cik Badrul memagari kawasan rumahnya dengan tembok agar tidak dimasuki pencuri tidak kesampaian apabila wang simpannya hilang.2)Seri Rama membawa kijang yang ditangkapnya dengan kandang yang diperbuat daripada buluh.TOLONG BETULKAN. | Kedua-dua ayat tersebut betul, sebaliknya jika tuan menyatakan ayat tersebut salah, sila nyatakan kesalahannya untuk kita bincangkan. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
1. a)Cikgu Azila mengajarkan cara-cara menulis karangan... b)Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan... - Yang manakah ayat yang betul 2. Benarkah perkataan 'makan' &'minum' perlu diletakkan awalan 'me' . Contoh; Ayah hanya meminum secawan kopi kerana sudah terlewat pergi ke pajabat. 3. Apakah perbezaan hingga dan sehingga | Encik Badrul, 1-Jawapan yang betul ialah Cikgu Azila mengajar cara-cara menulis karangan. 2-Perkataan makan dan minum tidak perlu diletakkan imbuhan awalan me 3-Hingga membawa makna garis yang terakhir manakala sehingga bermakna sampai (tentang masa) dan setakat | Tatabahasa | 01.06.2010 |
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. | Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |