Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dut] | بادوت

Definisi : pelawak dlm sarkas (wayang dsb) yg berpakaian (bermekap dan berkelakuan yg sungguh melucukan), alan-alan;membadut berlaku spt badut, menjadi badut (dlm sarkas, wayang, dsb);membadut-badutkan membuat lebih lucu (lawak) spt badut: Pak Tua ~ diri dan melebih-lebihkan kesakitan yg dialaminya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.dut] | بادوت

Definisi : sj ikan laut, inggu, Amphiprion spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.dut] | بادوت

Definisi : pelawak dlm sesuatu persembahan (sarkas, filem dsb) yg berpakaian, memakai mekap dan berkelakuan yg melucukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
Salam sejahtera tuan. Saya ingin mengetahui terjemahan yang betul perkataan "where" dalam bahasa Inggeris yang berfungsi sebagai Kata Hubung dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana perkataan "where @ di mana" merujuk kepada tempat. Apakah perkataan yang sesuai digunakan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya, perkataan where  boleh digantikan dengan kata hubung “yang” dan “apabila”.  Ayat bahasa Inggeris yang berikut menggunakan perkataan where yang tidak membawa maksud tempat:

1.     A phobia is where you have a fear of, say, clowns, and this fear seemingly has no rational basis. (Fobia ialah keadaan apabila anda berasa takut akan badut, misalnya, dan perasaan ini timbul tanpa asas yang rasional.)

2.    The dog suffered from hypothermia, a condition where the body temperature drops to a near-fatal level. (Anjing itu mengalami hipotermia, iaitu suatu keadaan yang menyebabkan suhu badan turun ke takat hampir mati.)

 

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017

Kembali ke atas