Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai ini

Puisi
 

Pisau lipat di atas geta,
     Ilmu jatuh ke padang;
Bagai disifat bagai dipeta,
     Haram tak jemu mata memandang.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

142

You'll be damned if you do and damned if you don't

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Ingin bertanya, adakah kedua-dua ini: bagai murai tercabut ekor/ seperti murai tercabut ekor diterima? Terima kasih :)Penggunaan perkataan "bagai murai tercabut ekor" dan "seperti murai tercabut ekor" boleh diterima kerana kata "bagai" dan "seperti" merupakan kata sinonim (kata yang sama atau hampir sama maknanya)Lain-lain18.06.2022
Salam sejahtera tuan. Peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas hujan' membawa maksud apa dan biasanya digunakan dalam aspek apa? Bolehkah peribahasa ini digunakan dalam ayat yang berikut ini? - Belakangan ini, kongsi gelap yang terdapat di negara kita boleh dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Maklum balas tuan amat dihargai.Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa. Penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat adalah betul.Tatabahasa18.07.2013
Salam Sejahtera, Adakah peribahasa ini betul? 1.BAGAI BETUK MELEPASKAN DI TANGGA ATAU 2.BAGAI BATUK MELEPASKAN DI TANGGAUntuk makluman, walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa yang tepat ialah “Melepaskan batok di tangga”, DBP masih mengekalkan penggunaan bentuk yang sedia ada, iaitu "Melepaskan batuk di tangga" seperti yang terdapat dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu.Lain-lain18.05.2018
Saya mendapat maklumat mengatakan perkataaan "Pelbagai" tidak boleh lagi digunakan. Ia harus diganti dengan berbagai-bagai. Maklumat ini betul atau salah. Terima kasih.

Encik Mohd. Nor,

Kedua-dua perkataan ini masih digunakan, iaitu sama ada pelbagai atau berbagai-bagai.

Tatabahasa01.06.2010
Tuan, sila beri tunjuk ajar peribahasa yang tepat seperti yang berikut: 1. Bagai layang-layang putus talinya 2. Bagai layang-layang terputus talinya Hal ini demikian kerana skema PT3 meminta pelajar memberi jawapan yang tepat . Selain itu, apakah buku rujukan peribahasa yang tepat terbitan DBP yang dicadangkan ? Terima Kasih.Jawapan yang tepat ialah Bagai layang-layang putus talinya. Manakala rujukan peribahasa yang boleh digunakan ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain18.09.2015
salam sejahtera tuan, bolehkah penggunaan peribahasa 'bagai cendawan tumbuh selepas huan' digunakan untuk ayat ini : 'Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkatr daerah diadakan'.Peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan  ‘bermaksud terlalu banyak pada sesuatu masa’. Penggunaan peribahasa dalam ayat ialah Banyak orang berniaga berhampiran dengan stadium tempat perlawanan bola sepak peringkat daerah diadakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Makna14.09.2014
Salam sejahtera. adakah peribahasa di bawah ini mempunyai maksud yang sama dan diguna pakai? 1. bagai langit dengan bumi 2. bagai bumi dengan langit 3. seperti bumi dengan langit 4. seperti langit dan bumiSalam sejahtera,

Berdasarkan soalan, peribahasa yang mempunyai makna dan diguna pakai ialah seperti langit dengan bumi yang bermaksud banyak sekali bezanya. Tuan boleh merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua, Abdullah Hussain untuk makluman lanjut.
Sekian, terima kasih.
Sastera27.05.2017
Tuan, Cth ayat: Gadis itu cantik bagai bulan purnama Tuan , adakah bagi pola ayat ini ialah Frasa Nama + Frasa Adjektif Atau Frasa Nama + Frasa Sendi ? Yang mana satu betul?Gadis itu cantik bagai bulan purnama. Pola ayat tersebut ialah FN + FA.Tatabahasa17.10.2015
salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Pencemaran sungai terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Terima kasihAyat yang betul ialah, "Pencemaran sungai disebabkan oleh berbagai-bagai faktor"Tatabahasa24.06.2008
Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi atau bagai mencurah air di daun keladi? Yang mana betul?

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Oleh itu, penggunaan peribahasa yang betul ialah "mencurah air ke daun keladi".

Tatabahasa09.05.2019
12345678910

Kembali ke atas