Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai itu

Puisi
 

Tabuh bunyi hari Jumaat,
     Itu bernama gendang raya;
Bagai nabi kasih umat,
     Begitu juga kasih saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai kucing menjemput api.

Bermaksud :

Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).

 

Lihat selanjutnya...(5)

334

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Dibalik-balik bagai memanggang

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi dibalik-balik bagai memanggang . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah berbagai-bagai itu tergolong dalam kata bilanganBerbagai-bagi tidak tergolong dalam kata bilangan dan membawa maksud bermacam-macam atau berjenis-jenis.Tatabahasa03.03.2010
Tuan, Cth ayat: Gadis itu cantik bagai bulan purnama Tuan , adakah bagi pola ayat ini ialah Frasa Nama + Frasa Adjektif Atau Frasa Nama + Frasa Sendi ? Yang mana satu betul?Gadis itu cantik bagai bulan purnama. Pola ayat tersebut ialah FN + FA.Tatabahasa17.10.2015
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'perbagai' atau 'perbagai-bagai'. 1. Adakah sama dengan 'pelbagai' dan 'berbagai-bagai' penggunaannya? 2, Adakah 'perbagai' boleh digunakan dalam peperiksaan?Perkataan perbagai ada ditemukan dalam Kamus Dewan, namun perkataan yang baku ialah pelbagai yang sama maksudnya dengan berbagai-bagai. Oleh itu, dalam penulisan rasmi lebih-lebih lagi dalam peperiksaan hendaklah menggunakan perkatan pelbagai atau berbagai-bagai.Tatabahasa19.09.2014
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasihBoleh digunakan.Tatabahasa13.04.2010
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing".
2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis.
3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam.
Tatabahasa07.10.2012
Salam sejahtera, 1.peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi, kata sendi nama 'ke' boleh digantikan dengan 'di'? iaitu, bagai mencurah air di daun keladi. (bolehkah kedua-dua jawapan itu diterima?) 2. Yang mana satu betul? 3. Sebahagian daripada murid-murid sekolah / murid sekolah sangat rajin.(yang mana satu betul) 4.Sebahagian daripada murid Satu Sopan / murid-muri Satu Sopan 。(yang mana satu betul) Terima kasih.Untuk soalan pertama, cadangan jawapan yang sesuai ialah bagai mencurah air ke daun keladi manakala untuk soalan kedua, jawapan yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid sekolah sangat rajin. Untuk soalan ketiga, yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid Satu Sopan.Tatabahasa23.03.2021
Tuan, sila beri tunjuk ajar peribahasa yang tepat seperti yang berikut: 1. Bagai layang-layang putus talinya 2. Bagai layang-layang terputus talinya Hal ini demikian kerana skema PT3 meminta pelajar memberi jawapan yang tepat . Selain itu, apakah buku rujukan peribahasa yang tepat terbitan DBP yang dicadangkan ? Terima Kasih.Jawapan yang tepat ialah Bagai layang-layang putus talinya. Manakala rujukan peribahasa yang boleh digunakan ialah Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain18.09.2015
Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi atau bagai mencurah air di daun keladi? Yang mana betul?

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Oleh itu, penggunaan peribahasa yang betul ialah "mencurah air ke daun keladi".

Tatabahasa09.05.2019
Adakah ayat ini betul ? : Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.

Encik Shafiq,

Ayat yang betul ialah Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai/pelbagai aktiviti semasa sambutan Bulan Penyayang.

Tatabahasa11.10.2010
ayat: ...pelbagai jenis kuih-muih...(patut ada jenis ke?)

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai, atau beberapa jenis. Oleh itu, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai kuih-muih ... .

Tatabahasa23.06.2010
123456789

Kembali ke atas