| Bagaimana diterjemah 'what if'? Contoh, 'What if you die?'. Adakah terjemahannya, 'Bagaimana jika awak mati?'. | Kami mencadangkan “what if” diterjemahkan kepada “Bagaimana kalau” atau “Bagaimana jika” | Lain-lain | 10.10.2022 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? Diharapkan dijawab dengan status yang jelas kerana editor dari bahagian buku kanak-kanak dan remaja tidak menjawab e-mel saya ataupun mengangkat panggilan telefon saya. Sekian. | Salam tuan yang budiman, Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Masni Kospin, Editor Kanan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479293 atau e-mel kepada masni@dbp.gov.my | Lain-lain | 30.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan, Kumpulan Cerpen Harga Sebatang Pensel Warna, Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Senyuman Termanis? | Salam tuan yang budiman, Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.04.2026 |
| Bagaimana penulisan nama "al-Ghazali" yang betul? al Ghazali atau Al-Ghazali. Contoh dalam ayat: Ilmu Madani pula ialah kerangka ilmu yang menghubungkan manusia, masyarakat, dan tamadun. Ilmu ini tidak bersifat neutral dari segi nilai, tetapi mengandungi dimensi etika yang membimbing tindakan manusia (al-Ghazali, 2012). | Penulisan yang betul ialah al-Ghazali. Tanda sempang berfungsi sebagai penanda yang merangkaikan imbuhan atau kependekan dan kosa kata dengan gabungan kata nama khas atau kata nama am. Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 115 – 117. | Lain-lain | 16.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing, Kumpulan Cerpen Remaja Senyuman Termanis? | Berkenaan dengan pertanyaan ini, tuan boleh berhubung dengan Puan Hajah Noriyani binti Yusoff, Ketua Editor, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui nombor telefon 03-21479252 atau e-mel kepada noriyani@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.04.2026 |
| Bagaimana status Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin, Kunpulan Sajak: Pagi Menyingsing, Novel Renungan dan Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing? | Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. | Lain-lain | 04.02.2026 |
| bagaimana untuk mengatasi bahasa rojak dalam kalangan individu | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| bagaimana cara yang betul untuk menyebut perkataan PEKA | Perkataan peka disebut dengan bunyi e taling seperti sebutan reka. | Lain-lain | 07.09.2025 |
| Bagaimana status karya saya Kumpulan Cerpen: Lorong Pic di Beijing? | Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. | Lain-lain | 21.01.2026 |
| Bagaimana dengan status bagi Kumpulan Cerpen: Pawana Di Bawah Limau Mandarin? | Salam sejahtera tuan yang budiman, Dimaklumkan bahawa manuskrip tuan telah diterima dan akan diurus oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Penerbitan. Manuskrip tersebut akan dinilai dari segi kesesuaian penerbitannya. Keputusan menerbitkan manuskrip tersebut tertakluk pada kelulusan DBP. Sekian, terima kasih. | Karya | 29.12.2025 |