Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana acuan begitulah kuihnya

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih Alah bisa tegal biasa dikategorikan sebagai pepatah atau bidalan?Pepatah ialah susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang; Contoh kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Bidalan pula bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan, dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa.
Makna24.05.2025
Buku cerita seperti Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan buku cerita peribahasa kanak-kanak. Bagaimana DBP mengkategorikan buku tersebut sebagai bahan bacaan kanak-kanak?Untuk makluman, soalan puan telah dihantar kepada Bahagian Buku kanak-kanak dan Remaja. Sekiranya puan masih belum mendapat maklum balas, sila hubungi Pegawai di bahagian tersebut melalui talian 03-2147 9293.Karya21.03.2025
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih

Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan.  Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran.  Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak.  Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera09.01.2025
Assalamaualaikum Encik, tolong bantu saya untuk memastikan ayat-ayat berikut betul atau perlu dipinda. terima kasih. 1) Izat bersikap seperti ibu dan ayahnya yang selalu membantu penduduk kampung yang hidup dalam kesusahan kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. 2) Pakaian abang yang kotor di dalam baldi itu akan saya basuh pada pagi esok. 3)Pasukan bola jaring sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. / Pasukan sekolah saya menjadi johan dalam pertandingan bola jaring itu. 4) Permasalahan sosial dalam / di kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama daripada semua pihak. 5) Kak Yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa/yang kenalan lamanya hendak datang ke rumah. 6) Kehidupan Abang Imran menjadi porak-peranda sejak/setelah diberhentikan kerja pada/sejak tiga bulan yang lepas. 7) Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia dengan secepat yang mungkin. 8) Cikgu Badrul menyiapkan/menyediakan/membuat/membina sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar.Ayat 1, 2 dan 3 adalah betul. Manakala ayat 4 ialah 'Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dapat diatasi hasil kerjasama semua pihak. 5. Kak yana kelam kabut mengemas ruang tamu apabila mendapat tahu bahawa kenalan lamanya hendak datang ke rumah. Soalan 6 adalah betul. 7. Nur diminta mengemaskinikan laporan mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia secepat yang mungkin. 8. cikgu Badrul menyiapkan sebuah pentas dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008
Mengapa buku cerita peribahasa kurang diterbitkan untuk pembacaan kanak-kanak? Jika ada pun, tajuk peribahasa yang digunakan berulang-ulang, sedangkan peribahasa Melayu begitu banyak dan meluas?

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah meminggirkan penggunaan peribahasa dalam penerbitan buku kanak-kanak. Selain peribahasa sebagai tajuk, penggunaan peribahasa digunakan dalam kandungan cerita buku kanak-kanak. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami maksud peribahasa yang digunakan.

 

Antara buku kanak-kanak yang menggunakan peribahasa sebagai tajuk ialah:

  1. Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
  2. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
  3. Alah Bisa Tegal Biasa
  4. Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

 

Antara buku kanak-kanak yang mengandungi peribahasa dalam kandungannya ialah:

  1. Kisah Buah-buahan
  2. Mengusung Rumah Lama
Karya23.10.2024

Kembali ke atas