| Soalan-soalan untuk Khidmat Nasihat DBP 1. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perarakan’? 2. Apakah sebutan ‘perarakan’? 3. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘perempuan’? 4. Apakah sebutan ‘perempuan’? 5. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menguek’? 6. Apakah sebutan ‘menguek’? 7. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘berada’? 8. Apakah sebutan ‘berada’? 9. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengambil’? 10. Apakah sebutan ‘mengambil’? 11. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengalir’? 12. Apakah sebutan ‘mengalir’? 13. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengutip’? 14. Apakah sebutan ‘mengutip’? 15. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘mengayuh’? 16. Apakah sebutan ‘mengayuh’? 17. Bagaimanakah pemenggalan suku kata ‘menyanyi’? 18. Apakah sebutan ‘menyanyi’? 19. Bagaimanakah cara menulis ‘mari oh ke mari/ kemari’? 20. Yang manakah betul: ‘boleh melihat’ atau ‘boleh lihat’? 21. Yang manakah betul: ‘dapat melihat’ atau ‘dapat lihat’? 22. Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan ‘di’? (Di desa ada sungai. Di dalam beg ada buku.) | 1. 1.Sila rujuk cara pemenggalan dan sebutan suku kata bagi perkataan tersebut di lampiran. 2. Ejaan yang betul ialah "ke mari", dieja terpisah. 3. Perkataan "boleh melihat", "boleh lihat", "dapat melihat" dan "dapat lihat" betul dan boleh digunakan berdasarkan kesesuaian konteks penggunaan dalam ayat. 4. Kedua-dua ayat tersebut betul: "Di desa ada sungai." dan "Di dalam beg ada buku." 1.
| Ejaan | 17.04.2024 |
| Bagaimanakah peranan DBP untuk memastikan Bahasa Melayu kekal relevan? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 20.08.2025 |
| Bagaimanakah cara orang lama mempertahankan Bahasa Melayu ketika dijajah? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 19.08.2025 |
| Bagaimanakah kita dapat memupuk murid-murid pada zaman kini menggunakan bahasa melayu yang betul ? | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr melayari laman berikut bagi mendapatkan bahan rujukan tambahan. Pusat Dokumentasi Melayu, DBP https://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 18.08.2025 |
| bagaimanakah cara untuk mengaplikasikan kosa kata yang menarik dengan betul ketika bertutur? | Soalan yang diajukan tidak menjurus kepada skop khusus. Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi mendapatkan kosa kata yang bersesuaian dengan konteks penggunaan. | Tatabahasa | 18.08.2025 |
| bagaimanakah hendak menggunakan perkataan mengenal dan mengenali dengan betul ? | Kedua-dua perkataan tersebut dapat dibezakan berdasarkan makna dan ayat contoh yang berikut: mengenal - dapat mengetahui atau mengecamkan (rupa seseorang atau sesuatu) yang sudah diketahui sebelumnya. Contoh: Semasa ia menyamar, tidak seorang pun yang mengenalnya. mengenali - mengetahui (seseorang atau sesuatu) dari segi sifat, rupa, dan sebagainya dengan lebih mendalam. Contoh: Saya mendapat kesempatan mengenali sistem pendidikan di negara-negara yang dilawati. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (2020). | Makna | 11.08.2025 |
| Bagaimanakah cara menulis perkataan/ayat dalam Bahasa Inggeris yang di tulis di dalam braket? Adakah ianya perlu diitalic atau tidak? Mohon rujuk lampiran bagi contoh ayat. | Huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai padan (copy fitting) dan kos sut (marginal cost). Penulisan yang betul ialah (change impact analysis). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 153. | Tatabahasa | 29.08.2025 |
| Bagaimanakah cara untuk membezakan ayat aktif dan ayat pasif? | Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: · Ali menendang bola. (ayat aktif transitif) · Murid-murid sekolah itu sedang belajar. (ayat aktif tak transitif). Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Bola ditendang oleh Ali. Ayat transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu diikuti frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu tidak diikuti objek sebagai penyambutnya. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat aktif dan ayat pasif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 483 - 492 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan. | Tatabahasa | 20.08.2025 |
| Bagaimanakah proses penyerapan istilah asing ke dalam Bahasa Melayu dilakukan secara rasmi oleh DBP? | Penerangan yang lebih lanjut telah diberikan melalui e-mel yang dihantar kepada pihak tuan/puan pada 12 Ogos 2025. | Istilah | 20.04.2025 |
| Bagaimanakah saya boleh menterjemahkan "cherry-picking" ke dalam bahasa Melayu? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi cherry-picking ialah pemilihan terbaik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.06.2025 |