Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na.pun] | باݢايماناڤون

Definisi : biar apa pun yg terjadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimanapun

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak Tanya, perkataan walau bagaimanapun boleh diguna pakai lagi ke atau telah ditukar kepada bagaimanapun.Kata bagaimanapun dan walau bagaimanapun, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa09.05.2016
1.Mohon pencerahan berkenaan perkataan kata penghubung/ kata keterangan yang tepat: Bagaimanapun atau Walau bagaimanapun atau kedua - dua boleh? 2. Mohon pencerahan penggunaan kata penghubung yang tepat: Kursus berkenaan diaddakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021 atau Bagaimana? Sekian, terima kasih.Kata hubung "bagaimanapun" dan "walau bagaimanapun", kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Kedua-dua kata hubung "dari" dan "pada"  boleh digunakan mengikut konteks ayat contohnya,  Kursus berkenaan akan/telah diadakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021. 
Tatabahasa04.05.2021
Kata "walau bagaimanapun" agak panjang. Bolehkah ia disingkat kepada "bagaimanapun"? Apakah ada sinonim lain? TK

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020)  halaman 171 dan 2506 bagaimanapun dan walau bagaimanapun digunakan untuk menambah maklumat yang kelihatan berbeza atau yang bercanggah daripada maklumat yang dinyatakan sebelumnya.

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Bagaimanapun dan walau bagaimanapun juga boleh digantikan dengan perkataan walau apa cara sekalipun dan walaupun begitu.

Tatabahasa25.07.2024
Perkataan mana yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan minit mesyuarat sama ada : walau bagaimanapun atau bagaimanapun. Apakah perbezaan antara kecua-dua perkataan tersebut. Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam penulisan minit mesyuarat.Tatabahasa21.09.2016
walaubagimanapun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun Ejaan12.01.2017
"Walau bagaimanapun" atau "Walaubagaimana pun" yang mana lebih tepat?Ejaan yang betul ialah "Walau bagaimanapun". Ejaan02.01.2025
Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi?Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat.  Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi.Pembinaan Bakat01.03.2019
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETULEjaan yang betul ialah "walau bagaimanapun".Ejaan24.06.2016
Pihak kami sedang menyiapkan buku bertajuk Kod Etika dan Tatalaku. Walau bagaimanapun terdapat sedikit ketidakpastian, iaitu ejaan yang mana adalah betul; Tatalaku atau Tatakelakuan? Menurut laman Web DBP, penggunaan Tatakelakuan adalah yang betul. Walau bagaimanapun, menurut mengikut Akta Badan-Badam Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Sebagaimana pada 22 Oktober 2021), penggunaan Tatalaku adalah yang betul. Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian terima kasihIstilah yang telah digubal bersama-sama pakar ialah "tatakelakuan", khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Sains Politik. Namun begitu, kata "tatalaku" turut digunakan dalam penggunaan masyarakat dari tahun 2000 dengan makna yang sama. Istilah09.08.2024
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan ayat. 1) Kerajaan telah mula meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995 atau Kerajaan telah meratifikasikan CEDAW seawal tahun 1995? 2) Walau bagaimanapun, sehingga ke saat ini kerajaan masih belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan atau Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan belum menilai semula undang-undang yang berkaitan isu kewarganegaraan? Terima kasih atas perhatian diberikan.Kedua-dua ayat ini betul dan merupakan pilihan kepada pengguna untuk digunakan. Sedikit pembetulan: sehingga saat ini (tanpa ada "ke").Tatabahasa03.04.2019
12345678910...

Kembali ke atas