Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagan I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008

Kembali ke atas