Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gi] | باݢي

Definisi : apa-apa yg telah ditentukan; untuk: Ayah telah memberikan wang kpd saya ~ membeli buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.gi] | باݢي

Definisi : ; membagi menyebabkan seseorang menerima sesuatu; memberi. membagikan menyerahkan sesuatu kpd; memberikan: Siapa yg ~ wang itu kpd kamu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagi

Puisi
 

Petang-petang bunyi lesung,
     Orang menumbuk padi jawi;
Petang-petang ingat kampung,
     Hendak balik orang tak bagi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Teleng bagi cupak hanyut.

Bermaksud :

Berjalan melonjak-lonjak kerana suka atau sombong.

 

Lihat selanjutnya...(11)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan bagi terjemahan bagi Street Parade?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah street parade ialah jalan pawai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.12.2023
Mohon pencerahan padanan yang tepat bagi istilah bagi divert call. Adakah Panggilan Beralih? Contoh Tajuk: TATACARA MENGAKTIFKAN DAN MENYAHAKTIFKAN FUNGSI PANGGILAN BERALIH/ DIVERT CALL TELEFON PEJABATCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah call divert secara umumnya ialah pengalihan panggilan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.06.2025
Bolehkah menggunakan perkataan Imersif bagi menggantikan Immersion? Ianya bagi tujuan penjenamaan semula nama program ke Bahasa MelayuBerdasarkan data daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, padanan bagi istilah immersive dalam bahasa Melayu ialah imersif, manakala padanan bagi istilah immersion dalam bahasa Melayu ialah rendaman. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Perkataan "imersif" tidak sesuai untuk dipadankan dengan istilah sumber "immersion" kerana kedua-dua perkataan ini membawa konsep dan konteks yang berbeza.Istilah03.11.2025
Apakah istilah/perkataan lain bagi panel bagi seorang sahaja jemputan? Contohnya, program tersebut ada moderator dan seorang sahaja panel. Adakah panel boleh digunakan atau sebaliknya?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1603, perkataan panel merujuk kumpulan orang yang dilantik untuk berunding dan melaksanakan tugas atau urusan tertentu. Jika melibatkan moderator dan seorang pembicara, kami mencadangkan penggunaan pembicara atau tetamu undangan bergantung pada program atau majlis yang berlangsung.Makna09.08.2024
Istilah sesuai bagi "Hotspot"/"Tethering" bagi peranti pintar? Penerangan "Sharing a connection this way is called tethering or using a hotspot. Some phones can share Wi-Fi connection by tethering. Most Android phones can share mobile."Padanan bahasa Melayu bagi istilah hotspot ialah titik penghala dan istilah tethering ialah tambatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.09.2023
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ianya memerlukan", adakah ini kata kerja yang bersesuai bagi ayat 1. bagi permohonan pengecualian bayaran, ianya memerlukan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi.Ayat yang betul ialah Bagi permohonan pengecualian bayaran, kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi diperlukan. Kata "ianya" ialah bentuk kata ganti nama yang tidak mengikut rumus tatabahasa.Tatabahasa21.03.2024
Bagi individu yang mempunyai gelaran Pengiran pada permulaan nama nya, adakah panggilan hormat Encik bersesuaian?

Pengiran membawa maksud gelaran untuk keturunan tertentu dalam susur galur masyarakat Melayu Brunei-Darussalam. Panggilan tuan di hadapan gelaran Pengiran lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi, manakala dalam konteks tidak rasmi, panggilan Pengiran sahaja boleh digunakan.

Oleh yang demikian, panggilan Encik tidak sesuai digunakan di hadapan perkataan Pengiran.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1666.

Lain-lain13.10.2025
Bagi surat rasmi kepada CEO yg bergelar Dr. Apakah gelaran sapaan serta isi surat?

Gelaran yang sesuai digunakan ialah “Yang Berusaha/YBrs.”. Tuan/puan juga boleh merujuk contoh penulisan surat rasmi dalam buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016) atau rujukan lain yang berkaitan.

Tatabahasa12.06.2025
Bagi tujuan (skrip pengacara majlis) untuk menjemput seseorang dalam sesebuah majlis, mana yang betul dimohon atau dipohon?Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kata mohon lebih bersifat halus dan sesuai dengan laras pengacaraan majlis, oleh itu tuan disarankan menggunakan dimohon.Ejaan11.05.2025
Bagi pengetua perempuan adakah panggilan Tuan Pengetua sesuai digunakan?Kata sapaan "puan pengetua" lebih sesuai digunakan dalam konteks tersebut.Lain-lain15.01.2025
12345678910...

Kembali ke atas