Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul untuk mengeja kerajaan Islam Mughal/Moghul di India? 2. Ganti nama "baginda" yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar (baginda/Baginda?? Terima kasih | Salam sejahtera, 1. Mughal http://mashajirismail.wordpress.com/2011/02/02/sejarah-peradaban-islam-pada-kerajaan-mughal-india/ 2. Nabi Muhammad SAW ialah kata nama khas dan jika ada perkataan lain yang merujuk kepada Baginda secara khusus juga ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 27.11.2012 |
Apakah ganti nama bagi raja yang zalim. Contoh ayat: Para pengawal membawa Sarah kepada Raja Mesir. Apabila beliau mendekati Sarah, tiba-tiba tangan dan kakinya lumpuh. **Raja Mesir dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang raja yang zalim dan suka merampas isteri orang** | Kata ganti nama yang tepat ialah baginda. Baginda merupakan kata ganti nama ketiga yang digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
berikan maksud Hari Keputeraan Baginda dan maksud diputerakan? | 1. Maksud Hari Keputeraan Baginda ialah hari ulang tahun kelahiran dan 2. maksud diputerakan pula ialah dilahirkan (anak): Contoh ayat: baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; | Lain-lain | 28.07.2010 |
adakah perkataan mendudukkan betul? | Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut : 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya; 2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara; 3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri; Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 19.06.2008 |
Assalamualaikum, sila bantu saya bagi perkataan berikut, yang mana satu betul - "Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong" atau " Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong". | Ejaan yang betul ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Ejaan | 14.05.2007 |
Baginda mencemar duli ke majils itu untuk menyampaikan ucapan sempena ulang tahun keputeraan baginda. Munsyi, apakah bahasa istana untuk menggantikan ucapan dalam ayat ini. TK | Bahasa diraja yang bermaksud menyampaikan ucapan ialah bertitah. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Mohon penjelasan: 1. Apakah ganti nama yang sesuai untuk para nabi selain daripada Nabi Muhammad SAW? Adakah menggunakan kata ganti nama "baginda" juga? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, baginda merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah, atau rasul.Selain Nabi Muhammad SAW, baginda digunakan seperti di atas sahaja. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
Apakah maksud ayat ini: Dia memarang hulu baginda itu lalu mangkat. | Dia menetak (dengan parang) kepala baginda lalu mati. Memarang - menetak, memotong dll dengan parang Hulu - Kepala (sastera lama) | Makna | 08.02.2009 |
Salam sejahtera, Soalan: Menukarkan ayat i bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |
Salam sejahtera, Soalan berbunyi: Menukarkan ayat di bawah dari ayat aktif kepada ayat pasif. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balirung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan 1: pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Jawapan2: Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang. Persoalan saya, berdasarkan jawapan di atas, manakah yang dianggap sebagai jawapan yang betul dan gramatis? Terima kasih | Jawapan yang betul ialah jawapan no.2. | Tatabahasa | 28.07.2010 |