| adakah perkataan "bah" merupakan satu dialek atau hanya bahasa baku melayu? jika benar "bah" merupakan satu dialek, dialek dari negeri apa? | Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 173 bagi kata "bah". Maklumat tentang label laras bahasa, kelas kata, makna, contoh penggunaan dan asal usul kata lengkap dalam kamus ini. Untuk maklumat ringkas sila layari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bah. | Makna | 08.11.2024 |
| Yang mana satukah suku kata yang betul bagi perkataan Kaabah? i) Ka a bah ii) Kaa bah | Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kaabah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kaabah | Ejaan | 17.12.2015 |
| apakah makna sekali air bah ; sekali pantai berubah? | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah. | Makna | 05.02.2008 |
| makna kata baidalan; sekali air bah; sekali pantai berubah | Maksudnya apabila pembesar atau pemerintah berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. | Makna | 05.02.2008 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian ejaan bagi tiang pengebumian di Sarawak oleh Kaum Sekapan dan Punan Bah. Dalam laman web muzium negara dieja 'kelirieng' tetapi tiada maklumat dalam prpm. apakah ejaan yang sebenarnya? Kelereng, kliring, keliring, klereng, klering, kelerieng atau kelireing? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan pencerahan. Terima kasih. | Tuan/puan yang budiman, Dalam data rujukan kami, hanya terdapat perkataan keliring (suku Tetaw) yang membawa maksud tempayan abu mayat. Selain itu, dalam data kami juga menemui perkataan liyeang (suku Melanau Mukah) yang bermaksud liang lahad. Perkataan lain tiada dalam data rujukan kami. | Istilah | 26.12.2018 |
| Makna AMPUH | Menurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina. | Makna | 20.11.2007 |
| MAKSUD BENCANA ALAM DAN SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | Bencana bermaksud 1. bahaya,kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah(gempa,angin ribut dll.). Sediakan payung sebelum hujan bermaksud hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
| Salam sejahtera. Biasanya kita ajar murid suku kata perlu mengambil kira kata dasar terlebih dahulu, contohnya per+tan+ding+an, per+sem+bah+an. Adakah pemenggalan suku kata berikut betul? meng+a+jar, bel+a+jar? Terima kasih. | | Penyukuan kata pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasar terlebih dahulu, kemudian barulah memisahkan suku kata pada kata dasar. Oleh itu, penyukuan yang betul ialah meng-a-jar dan bel-a-jar. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Edisi Kedua (DBP, 1992), halaman 10 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 61 hingga 67. | | Tatabahasa | 02.07.2026 |
| bencana dan bencana alam dari sudut geografi | Bencana bermaksud bahaya atau kecelakaan. Bencana alam bermaksud bencana kerana air bah (gempa,angin ribut dan lain-lain). Untuk melihat maksud bencana/bencana alam dari aspek teknikal sila rujuk ensiklopedia atau buku yan berkaitan. | Makna | 25.10.2009 |
| pakah takrifan sebenar bagi laman - laman blog masa kini? Perkataan 'ampuh',apakah maksudnya dan bila boleh digunakan? | Istilah blog diterima. Makna perkataan ampuh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah bertuah, mujarab, sakti. Makna laiinya ialah bah, banjir, lembak. Terima kasih. | Lain-lain | 18.04.2008 |