Apakah maksud Bidin duduk di pintu umahnya menggigit-gigit pangkal cerut ? Apakah maksud bagi pangkal dalam ayat ini? Terima kasih. | Pangkal merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahagian permulaan. | Makna | 02.02.2010 |
Salam, apakah terjemahan yang paling tepat untuk 'prologue'? Melalui carian internet, terjemahannya prolog dan permulaan. 'Prologue' ini biasanya terdapat dalam buku genre fiksyen. | Perkataan yang digunakan ialah prolog. Prolog ialah kata-kata atau bahagian pendahuluan/permulaan terhadap sesebuah karya seperti novel ataupun persembahan seperti sandiwara, pidato dan yang seumpamanya. | Lain-lain | 07.03.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, untuk bahagian tajuk bila permulaan semua huruf besar, adakah perkataan r.a. akan bertukar menjadi huruf besar juga ke? Sebagai contoh: Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung Sekian, Terima kasih | Salam, Untuk tajuk, r.a perlu dieja dengan huruf besar seperti contoh yang diberikan, "Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A. Pentadbir yang Ulung". | Lain-lain | 19.08.2015 |
Ingin tahu sama ada permulaan perkataan pada tajuk minit mesyuarat ditulis dalam huruf besar atau kecil? Cth: "Pembentangan Laporan Program/Projek Bahagian Pembangunan" | Kebiasaannya tajuk minit mesyuarat perlu huruf besar. Maka contoh yang diberikan ini adalah betul "Pembentangan Laporan Program/Projek Bahagian Pembangunan" | Tatabahasa | 13.05.2016 |
Assalamualaikum. 1. Tetapi 2. Dan Kedua-dua perkataan di atas merupakan kata hubung tetapi banyak juga digunakan dalam permulaan ayat. Adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan pada permulaan ayat? Sekian, terima kasih atas jawapan yang akan berikan. | Ada pendapat yang mengatakan bahawa kata sendi dan kata hubung boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, ada subjek dan predikatnya. Kata sendi dan kata hubung itu biasanya digunakan dalam bahagian yang disebut adjung atau keterangan ayat sahaja, iaitu sebagai unsur tambahan kepada ayat utama atau ayat induk. Contohnya "Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa ...". Walau bagaimanapun pada kelazimannya, kata hubung "dan" dan "tetapi" diletakkan pada pertengahan ayat kerana fungsinya sebagai penyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya. | Tatabahasa | 25.05.2011 |
Assalamualaikum tuan. Saya perlukan kepastian, dalam surat menyurat/surat rasmi 'tuan/puan' di letak huruf kecil ke atau huruf besar? tuan/puan ke atau Tuan/Puan. sekian terima kasih | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Tatabahasa | 22.11.2019 |
Tuan, Terima kasih di atas respon yang diberi terhadap pertanyaan saya sebleum ini. Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran menerangkan kepada ahli mesyuarat saya tentang penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii). Mereka bertanya saya, "Kenapa perlu mulakan dengan huruf besar sedangkan sebenarnya setiap ayat tersebut adalah sambungan atau lanjutan daripada 'Murid akan dapat:'?". Harap tuan dapat membantu saya memberi penjelasan tentang perkara di atas. Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai. Terima kasih. Yang benar, (Susilawati Ehsan) Bahagian Pembangunan Kurikulum. | Penggunaan huruf besar pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) yang menggunakan tanda titik bertindih (:) adalah untuk menunjukkan keterangan yang boleh berdiri sendiri. Jika saudara menggunakan tanda koma bertitik (;) perlulah menggunakan huruf kecil pada setiap permulaan ayat (i), (ii) dan (iii) kerana ayat tersebut merupakan satu kesatuan. Ringkasnya, penggunaan huruf besar atau huruf kecil pada permulaaan ayat yang menggunakan (i), (ii) dan (iii) bergantung pada penggunaan tanda titik bertindih (:) ataupun tanda koma bertitik (;). Jika saudara menggunakan tanda titik bertindih (:), maka permulaan ayat perlu menggunakan huruf besar. Jika menggunakan tanda koma bertitik (;) perlu menggunakan huruf kecil pada permulaaan ayat. Contoh 1: (Ayat yang menggunakan tanda titik bertindih) Murid akan mendapat: i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik (ii) Membentuk ungkapan kuadratik (iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik Contoh 2: (Ayat yang menggunakan tanda koma bertitik) Murid akan mendapat; i) mengenal pasti ungkapan kuadratik, (ii) membentuk ungkapan kuadratik, dan (iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik. | Tatabahasa | 04.02.2010 |
Bawah pokok atau pangkal pokok Contoh; Saya meletakkan basikal di bawah pokok. atau Saya meletakkan basikal di pangkal pokok. Ayat manakah yang lebih sesuai digunakan dan kenapa? | Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, frasa yang betul ialah bawah pokok, bukan pangkal pokok kerana pangkal merujuk bahagian yg mula-mula drpd sesuatu; bahagian yg terdekat dgn badan; bahagian permulaan (pokok, tongkat, dll). Bersinonim dengan umbi, perdu. | Tatabahasa | 06.08.2010 |
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan, bolehkah kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di permulaan ayat. Sebagai contoh, "Bagi/Untuk mereka yang belum mendaftar, sila isi borang ini." Sekiranya tidak boleh, ada cadangan untuk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi nama "untuk" dan "bagi" boleh digunakan bersilih ganti jika berada di hadapan kata nama atau frasa nama yang bertujuan untuk menunjukkan sesuatu. Contohnya, “Asrama untuk penuntut UKM sedang dibina.” atau “Asrama bagi penuntut UKM sedang dibina.”. Walau bagaimanapun, jika untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, kata "untuk" digunakan dan tidak boleh ditukar dengan perkataan "bagi". Contoh, "Hadiah ini untukmu." Berdasarkan pertanyaan tersebut kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan pada ayat tersebut. | Tatabahasa | 10.06.2020 |
Soalan: Assalamualaikum. Tuan DBP. Saya Encik Hisham Bin Othman @ Mohd bertugas di Unit Keselamatan, Bahagian Keselamatan Dan Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Saya ingin bertanya berhubung penggunaan kata nama am dan kata nama khas serta penggunaan symbol / dan & di dalam tulisan. 1. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen? 2. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen kanan adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Kanan? 3. Ejaan yang betul bagi pegawai imigresen tinggi adakah ditulis dengan Pegawai Imigresen Tinggi? 4. Ejaan yang betul bagi pegawai kanan imigresen adakah ditulis dengan Pegawai Kanan Imigresen? Terima kasih di atas respons dan maklumbala dari pihak Tuan DBP. Hisham Bin Othman @ Mohd. 08.04.2019 | 1. Nama khas, contohnya nama jawatan ditulis dengan huruf besar untuk huruf permulaan setiap perkataan seperti yang berikut: - Pegawai Imigresen
- Pegawai Imigresen Kanan
- Pegawai Imigresen Tinggi
2. Nama am pula ditulis dengan semua huruf kecil seperti contoh ayat di bawah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman lima individu termasuk seorang pegawai kanan imigresen. 3. Penulisan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan” seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh dalam frasa: ikan, sayur dan minyak masak tidak dibenarkan ditulis “ikan, sayur & minyak masak”. 4. Tanda garis miring(/) digunakan untuk rujukan surat rasmi dan sebagai pengganti kata “atau” dan “per” atau dipakai semasa menulis nombor alamat seperti contoh di bawah: i. rujukan surat: DBP/173/14/4/K.3 (68) ii. pengganti “atau”, “per” dan “nombor alamat” a) Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan b) Kos cetak RM3.00/naskhah c) 22, Jalan AU 1A/3H, Taman Keramat Permai | Tatabahasa | 08.04.2019 |