Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian tertinggi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan PUNDAK dalam Bahasa Indonesia adakah ia bermaksud PUNCAK dalam Bahasa Melayu, Malaysia.Thanks for your kind assistance.Pundak (bahasa Jawa) maknanya dalam bahasa Melayu ialah bahu atau diri seseorang manakala puncak pula bermakna bahagian yang tertinggi atau paras yang paling atas.Makna30.04.2005
APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT

Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah:

1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan)

2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan)

3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan)

4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor)

5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211.

Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk.

Lain-lain21.09.2011
Pada tahun 2009, ada iklan berkaitan pertandingan lagu puisi. Bilakah pertandingan akhir lagu puisi itu akan diadakan ?

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. Bahagian Pengembangan Sastera, DBP, merancang akan mengadakan Sayembara Lagu Puisi Ke-10 (pertandingan akhir) pada April atau Mei 2010. Namun yang demikian, kami masih menunggu kelulusan/keputusan daripada Pengurusan Tertinggi DBP.

Lain-lain09.03.2010
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastianMerujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah.Tatabahasa26.07.2012
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009

Kembali ke atas