maksud ayat PERKUSI dan berikan contohxnya sekali, terima kasih. | Perkusi: (Ubat) kaedah mengetuk sesuatu bahagian tubuh dgn jari utk mendiagnosis sesuatu penyakit. | Makna | 20.05.2009 |
maksud fungsi dlm bahasa melayu | Saudara, Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan. | Makna | 03.07.2010 |
Selamat sejahtera, saya nak tanya apakah perbezaan ahli dengan anggota? Selain itu, saya juga nak tanya manakala ialah kata hubung gabungan ataupun kata hubung pancangan keterangan? terima kasih atas balasan | Ahli ialah anggota (pertubuhan, persatuan, golongan, dan lain-lain). Sebagai contoh, Ahli politik. Anggota ialah bahagian tubuh terutama tangan dan kaki. Contoh ayat, Duduk membongkok tidak menyenangkan anggota badannya. Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.”
| Lain-lain | 22.11.2022 |
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat? | Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa. Contohnya: gula manis rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang). Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya. Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal. (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung. | Makna | 14.03.2014 |
Apakah perbezaan antara perkataan peranan dan fungsi? Dari segi istilah, definisi dan contoh. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “peranan” bermaksud pemain sandiwara, pelawak; bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yang dipegang, manakala “fungsi” bermaksud tugas, jawatan; kerja (bahagian tubuh dan lain-lain), tugas, peranan. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, perkataan “peranan” dan “fungsi” membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini dalam ayat digunakan mengikut kesesuaian. Contohnya, i. Paru-paru mempunyai “fungsi” yang penting dalam pernafasan. ii. Suri rumah tangga harus memainkan “peranan” yang penting dalam usaha menyemai dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
| Lain-lain | 27.02.2022 |
Salam,Tuan/Puan.Saya mahu bertanyakan soalan tentang tatabahasa dalam beberapa ayat yang berikut.Kata Hubung Pancangan“sehingga”menggunakan dalam ayat sesuai atau tidak?Manakala penggunaan imbuhan“kehilangan”tidak betul dan jawaban yang betul iaitu “menghilangkan”?Terima kasih Pesakit akan (kehilangan)deria pendengaran.Selain itu,serangan vertigo selama beberapa hari (sehingga)pesakit tidak mampu bergerak dan tiada koordinasi pada salah satu bahagian tubuh adalah petanda pesakit diserang penyakit angin ahmar atau masalah berkaitan otak. | Dalam contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata hubung pancangan keterangan sehingga betul. Manakala perkataan menghilangkan tidak betul. Perkataan yang betul ialah kehilangan yang bermaksud perihal hilangnya sesuatu. | Tatabahasa | 29.06.2021 |
Perbezaan kata rasa, berasa dan merasa. Contoh ayat 1)Sarah berasa sangat gembira kerana memenangi pertandingan itu. 2)Namun tidak semua merasa gembira dengan pencapaian tersebut. 3)Zetti rasa tercabar kerana selama ini dia merasakan dirinya paling terkenal di sekolah itu. | Rasa ialah apa-apa yang dikecap oleh lidah, apa-apa yang dialami oleh bahagian tubuh dan apa yang dirasakan di hati. Berasa bermaksud mempunyai rasa dalam hati, mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah dan berada dalam keadaan hairan, insaf dan sebagainya dalam hati. Merasa bermaksud mengecap untuk mengetahui (rasa makanan dan minuman) dengan lidah, mengalami (rasa sakit atau panas) pada tubuh dan meraba atau menjamah sesuatu dengan tangan atau kaki. Ayat 1 dan 3 betul. Ayat 2 diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Namun, tidak semua berasa gembira dengan pencapaian tersebut.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1826-1827. | Tatabahasa | 03.10.2024 |
1) Terangkan dengan lebih jelas penggunaan perkataan kepak dan sayap dalam ayat yang tepat. 2) Berdasarkan lampiran gambar, adakah penggunaan perkataan 'kepak' pada gambar tepat? | Kepak ialah sayap, manakala sayap pula ialah bahagian tubuh binatang seperti burung, serangga, dan lain-lain untuk terbang atau juga dikenali sebagai kepak. Merujuk kepada kedua-dua makna tersebut dan ayat contoh berikut, tidak ada perbezaannya dan boleh digunakan pada serangga seperti rama-rama tersebut. Contoh ayat sayap i. Sepasang sayap serangga yang terbit daripada mesotoraks. ii.Pada kumbang dan lipas, pasangan sayap ini dikenali sebagai elitron yang tebal dan kasar, manakala contoh ayat kepak i. Ayam jantan itu mengibar-ngibarkan kepaknya. ii. Burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbang. | Lain-lain | 06.05.2020 |
Salam, Saya ingin bertanya tentang ayat berikut: -PASIR RASANYA KASAR. Adakah perkataan rasa boleh digunakan dalam ayat di atas, kerana setahu saya, perkataan rasa hanya digunakan apabila kita menggunakan lidah seperti Ubat rasanya pahit. RASA juga boleh digunakan untuk menunjukkan rasa sakit, pedih dan sebagainya. Saya harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini. Sekian. | Perkataan 'rasa' memang tidak boleh digunakan dalam konteks ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat rasa merujuk kepada 1. perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu) 2. tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa 3. keadaan hati terhadap sesuatu 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran. Dalam konteks ini, perkara yang boleh diterangkan tentang pasir ialah sama ada bentuk, rupa atau tekstur pasir tersebut. | Makna | 10.11.2011 |
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQ | Pihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. = sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi. | Tatabahasa | 10.03.2010 |