Salam Ramadan, 1. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya ialah buku, majalah dan akhbar. 2. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya buku, majalah dan akhbar. 3. Antara bahan-bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar. | Ayat yang gramatis ialah "antara bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar". | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Selamat Sejahtera! Made of natural origin ingredients. Cadangan terjemahan 1:Dirumus dengan bahan-bahan yang diperoleh daripada sumber semulajadi. Cadangan terjemahan 2: Dirumus dengan bahan-bahan daripada sumber semulajadi Cadang terjemahan 3: Dirumus dengan bahan-bahan berasaskan sumber semulajadi Antara ketiga-tiga cadangan, mana satu adalah terjemahan yang betul? | Pada pandangan kami, “Dirumus dengan bahan berasaskan sumber semula jadi dianggap sebagai terjemahan yang sesuai. Tidak perlu kata ganda untuk perkataan “bahan” kerana maksud “dirumus” sudah merangkumi maksud menggunakan lebih daripada satu bahan. Semula jadi terangkum dalam kategori kata majmuk yang perlu dieja terpisah. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2019 |
1.bolehkah sekiranya saya ingin meminjam bahan-bahan rujukan dan bagaimanakah caranya untuk saya berbuat demikian? 2..bolehkah saya mendapatkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan ( Zainal Abidin Safarwan) ? | Saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 07.02.2009 |
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan. | Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama: ...seperti roti, pisau, sudu dan cawan. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
Berdasarkan sedikit kajian,nyatakan keperluan penterjemahan dalam konteks masyarakat di Malaysia? | Dalam konteks masyarakat Malaysia, penterjemahan masih diperlukan bagi tujuan pemindahan ilmu. Bahan-bahan rujukan masih terdapat dalam bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris. Oleh itu untuk memastikan sesuatu bidang ilmu itu dapat disampaikan dengan baik dan berkesan maka usaha penterjemahan bahan-bahan tersebut masih terus dilaksanakan. | Lain-lain | 27.06.2007 |
Mohon Bantuan perkataan jawi untuk : 1) PEMBEKAL BAHAN BAHAN BAKERI | Sila tukar kepada: PEMBEKAL BAHAN BAKERI ( ڤمبکل باهن باکري ). | Ejaan | 12.12.2019 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa jawi PENGEDAR BAHAN-BAHAN BINAAN | 1. Rangkai kata yang betul ialah PENGEDAR BAHAN BINAAN 2. [pe.ngé.dar] ڤڠيدر 3. [ba.han] | باهن 4. [bi.na.an] | بيناءن | Lain-lain | 17.12.2019 |
Buku masak, senarai bahan-bahan: 5 kacang panjang (Dipotong kecil) Penjodoh bilangan untuk kacang panjang di sini, 5 urat kacang panjang atau 5 batang kacang panjang? | Penjodoh bilangan yang betul ialah batang. | Tatabahasa | 07.01.2014 |
Saya berminat untuk menjadi editor/penyunting bahan-bahan keluaran DBP. Bagaimana caranya? | Sdr. boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan juga maklumat mengenai diri Sdr. untuk penelitian pihak kami. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Formulated with a blend of natural derived ingredients. BM Translation: Dirumus dengan bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber semulajadi. apply and gently lather BM Translation: sapukan dan mengusap secara lembut Terima kasih. | Tuan, Ayat 1: Bahan yang dirumus dan diperoleh daripada sumber semula jadi. Ayat 2: Gunakan dan sapukan secara lembut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2017 |