Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yg digunakan utk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain. 2 bahan yg disediakan secara buatan (di kilang dsb) utk tujuan pembersihan, pembasmi kuman dsb, dan boleh mendatangkan kesan buruk pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahan kimia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi perkataan di bawah? 1. Imazapic Perkataan berkaitan bahan-bahan kimia. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Perkataan imazapic tiada dalam entri kamus Dewan dan juga istilah dalam bahasa Melayu.  Namun begitu, anda masih boleh menggunakan perkataan tersebut dalam teks bahasa Melayu dengan mencondongkan tulisan perkataan tersebut.

Terima kasih.
Istilah05.06.2017
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik.
kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon);

Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) berkenaan  bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan  tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;

 organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuh­an; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~;
 kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn se­batian karbon;
penyakit ~ penyakit yg me­libatkan perubahan struktur tubuh.

Makanan organik = makanan yang terhasil daripada  proses organik.
Tatabahasa06.12.2012
Assalamuaikum,bolehkah sekiranya menggunakan khidmat DBP untuk menterjemahkan MSDS(MATERIAL SAFETY DATA SHEET) untuk sesuatu bahan kimia dari bahasa inggeris kepada bahasa malaysia? Katakan ada 18 set MSDS untuk setiap bahan kimia,berapakah harga yang dikenakan untuk setiap set?(1 set mengandungi antara 5-6 helai lampiran)

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat terjemahan sama ada ke bahasa Melayu atau ke bahasa asing.  Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381

Lain-lain11.09.2009
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bagaimana' boleh digunakan dalam situasi selain daripada pertanyaan? Contohnya: Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami bagaimana bahan kimia dihasilkan. Adakah ayat ini gramatis? Atau adakah perkataan 'bagaimana' perlu digantikan dengan 'cara'? Contoh: Modul ini dihasilkan agar para pelajar boleh memahami cara bahan kimia dihasilkan. Sekian, terima kasih.Perkataan "bagaimana" ialah kata tanya dan digunakan dalam ayat Tanya, bukan ayat penyata. Ayat itu boleh dibetulkan menjadi "Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami proses bahan kimia dihasilkan".Tatabahasa06.11.2015
Chemical Data SheetLembar Data Bahan KimiaLain-lain29.05.2009
Salam Sejahtera Tuan/ Puan Saya daripada Polycore Optical ( M) Sdn Bhd ingin mendapatkan bantuan pihak tuan untuk membuat pentrerjemahan Helaian Data Keselamatan/ Safety Data Sheet di kilang kami. Berikut dilampirkan senarai bahan kimia yang memerlukan penterjemahan.Penterjemahan ini adalah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Justeru itu, kami ingin meminta sebut harga untuk membuat penterjemahan semua bahan kimia yang dilampirkan dalam senarai.Diharapkan, agar kami mendapat balasan yang secepat mungkin dari pihak tuan. Terima Kasih, Rajiv Sokanathan ( Hp number: 016-6017556)Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Pihak kami hanya menyemak dokumen yang telah diterjemahkan sahaja. Mohon hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian telefon 03-92262506 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.Lain-lain31.12.2019
apakah maksud racun makhluk parosak mengikut kamus dewan bahasa?jilid dan muka surat berapa?

Saudara Azwanie,

 Racun perosak ialah  racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1264 dan 1343.  

Makna16.01.2010
Assalamualaikum, Singas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai gas tiruan yg mengandungi kar­bon monoksida dan hidrogen, digunakan sbg bahan mentah asas utk pemprosesan bahan kimia. Sebagai pihak yang menyusun kamus tersebut, dari manakah datangnya istilah singas dan apakah padanannya dalam bahasa Inggeris?Salam sejahtera,

Tuan,

Singas berasal daripada perkataan syngas. Syngas merupakan kependekan  bagi perkataan synthesis gas.

Sekian, terima kasih.
Istilah18.12.2017
Apakah hukum umum yg perlu dipatuhi untuk menukar istilah kimia bahasa Inggeris ke bahasa melayu? Sy merujuk kamus dewan online, tetapi kebanyakan istilah sains yg ditukar hanya melibatkan penggunaan 2 jenis bahan kimia. Bagaimana utk menukar, contohnya, methylhydroxypropylcellulose? Bolehkah ditukar menjadi metilhidroksipropilselulosa?Istilah tersebut tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, berdasarkan kaedah pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu yang betul ialah metilhidroksipropilselulosa. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah pembentukan istilah kimia, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005 dan Daftar Istilah Tatanama Kimia terbitan tahun 1987.Istilah09.04.2012
12

Kembali ke atas