Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu baru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baruBaru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Makna04.02.2008
saya ingin mendapat maklumat yang tepat untuk penggunaan kata BARU atau BAHARU yang tepat dalam ayat atau tatabahasa bahasa MelayuPerkataan baharu/baru sebagai kata adjektif digunakan dalam konteks tahun baharu/baru, rumah baharu/baru dan sebagainya dan yang bermaksud  new dalam bahasa Inggeris. Perkataan baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru tiba, baru-baru ini dan sebagainya dan yang bermaksud just dalam bahasa Inggeris.Tatabahasa09.02.2009
Benarkah perkataan 'baharu' adalah perkataan bagi menggantikan 'baru'. Adakah ia membawa maksud yang sama?Perkataan baharu atau baru membawa maksud yang sama. Penggunaan perkataan baharu/baru seperti dalam konteks tahun baharu/baru. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru-baru ini.Tatabahasa05.08.2008
baharu + barunew + justMakna08.06.2007
APAKAH PERBEZAAN PERKATAAN BAHARU, BARU DAN BAHRU? JELASKAN JUGA CONTOH PENGGUNAAN AYAT.Perkataan baharu atau baru sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baharu atau tahun baru, kereta baharu atau kereta baru, orang baharu atau orang baru. Perkataan bahru digunakan bagi nama bandar Johor Bahru. Walau bagaimanapun perkataan baru hanya digunakan dalam konteks baru tiba, baru selesai atau baru-baru ini. Tatabahasa31.12.2008
a)mohon b)baharu/barua)pohon b)baharu-new c)baru-justIstilah04.07.2011
Saya terasa keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dengan "baharu" di mana pada Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya mendapati iklan di televisyen menggunakan ayat "Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina". Adakah perkataan "baharu" sudahpun menggantikan perkataan "baru"? Terima kasih.Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Tatabahasa23.03.2008
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan.Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. Tatabahasa03.01.2009
MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARU ATAU AMANAT TAHUN BAHARUMenjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif.
Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu.
Tatabahasa03.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas