Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ha.ru.ba.ha.ru] | بهارو ٢

Definisi : sj ikan laut, Drepane punctata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baharu-baharu

Puisi
 

Kelat mata malam berjaga,
     Baharu nak tidur kelambu baru;
Berbau harum bunga cempaka,
     Belum kusolek sudah berbau.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang manakah frasa yang betul dan diterima pakai? 'Pelan Bertindak Panitia Bahasa Melayu ' atau 'Pelan Tindakan Paniia Bahasa Melayu' 2.Adakah frasa 'baru-baru ini' boleh ditukar menjadi 'baharu-baharu ini'?1. Frasa yang betul ialah Pelan Tindakan Panitia Bahasa Melayu

2. Frasa "baru-baru ini" tidak boleh ditukar menjadi "baharu-baharu ini".
Ejaan03.04.2012
saya ingin bertanya, mana yang betul? baju baru atau baju baharu? Satu lagi soalan saya,mana yang betul? baru-baru ini atau baharu-baharu ini. Berikan sebab. Sekian, terima kasih.Baju baru dan baju baharu kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama, iaitu belum (tidak) ada sebelumnya. Manakala 'baru-baru ini' adalah betul yang maksudnya belum berapa lama lagi.Makna25.11.2007
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
assalamualiakum Saya keliru dengan penggunaan perkataan baharu atau baru. Contoh: Tahun Baru atau Baharu Kereta Baru atau Baharu ketua Perkhidmatan baharu Adakah perkataan baru telah di tukarkan dengan ejaan baharu. sekian, terima kasih.Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.Tatabahasa07.07.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'baru' dan 'baharu'. Dalam kamus dewan, 'baru' boleh diguna untuk maksud 'just atau new', tetapi ada pihak yang pernah memberi teguran bahawa 'new' sepatutnya diguna perkataan 'baharu', contohnya 'Selamat Tahun Baharu', 'Selamat Pengantin Baharu' 'rakan sejawat baharu'. Bolehkah 'baharu' dalam ungkapan di atas digantikan dengan 'baru'? Terima kasih kerana membantu.Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya,  baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan.Makna12.06.2008
Saya terasa keliru dengan penggunaan perkataan "baru" dengan "baharu" di mana pada Sambutan Tahun Baru Cina Tahun ini saya mendapati iklan di televisyen menggunakan ayat "Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina". Adakah perkataan "baharu" sudahpun menggantikan perkataan "baru"? Terima kasih.Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam tahun baru/baharu cina, rumah baru/baharu. Kata baharu bukan menggantikan kata baru tetapi ialah variasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Tatabahasa23.03.2008
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan.

Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa07.12.2011
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru.  Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Makna04.02.2008
Tuan/Puan Apakah perbezaan perkataan BAHARU dan BARU? Sebagai contoh:- Pelajar baharu atau pelajar baru Silabus baharu atau silabus baru Skim Pemarkahan baharu atau Skim Pemarkahan baru Terima kasih di atas perhatian tuan/puanKamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa.Tatabahasa29.01.2013
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas