| Ayat manakah yang betul? (1) Tiara menegur sapa dengan jiran baharunya (2) Baju-baju di dalam almari Bella tersusun dengan rapi | Ayat yang betul ialah ayat no. 2. | Lain-lain | 17.08.2014 |
| ini ialah soalan pt3 dan arahannya ialah untuk mengenal pasti satu kesalahan ejaan. soalan:Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji minima sebanyak RM900 sebulan jawapan cikgu saya bagi ialah minima harus ditukar kepada minimum tetapi bila saya lihat kamus dewan minima sama maksud dengan minimum apa perbezaannya? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri minima diletakkan tanda anak panah dan di hadapannya minimum. Ini bermakna pengguna diminta melihat perkataan di hadapannnya, iaitu minimum, bukanlah minima itu maksudnya minimum. Oleh itu, perkataan yang betul ialah minimum. | Tatabahasa | 29.06.2014 |
| Apakah status terkini mengenai ejaan `baru' dengan `baharu' kerana saya difahamkan situasi sebelum ini `baru' merujuk kepada masa sedangkan `baharu' merujuk sifat sesuatu. Contoh: Dia baru sampai dengan kereta baharunya. Atau apakah `baru' dan `baharu' saling boleh ditukar seperti yang berlaku dulu. | Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Tatabahasa | 01.06.2013 |
| maksud encik baru ialah kata adjektif manakala baharu ialah kata kerja ke? | Baru ialah kata bantu, manakala baharu ialah kata adjektif. Contoh:1. Dia baru tiba. (bukan dia baharu tiba) 2. Baju baharunya cantik. Bagaimanapun, kata baharu sering dipendekkan menjadi baru. Misalnya: Selamat Tahun Baru, sepatututnya "Selamat Tahun baharu". | Tatabahasa | 27.07.2007 |
| Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian. | Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut: baru kata adjektif 1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya. 2 .... 9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan. kata bantu 10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas. 11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka. 12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku. baharu kata adjektif 1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri. 2 .... 8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar. kata bantu 9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka. 10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah. 11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk. Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya. | Makna | 12.01.2024 |