Sila bantu saya untuk soalan berkaitan Hukum D-M di bawah. Yang manakah betul? `Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri`,`Pertandingan Bahas Akhir Piala Ketua Menteri`ATAU Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Akhir` Terima Kasih. | Pertandingan Akhir Bahas Piala Ketua Menteri. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Salam 1Malaysia, Ayat yang betul... 1. PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU PERSAHABATAN atau PERTANDINGAN PERSAHABATAN BAHAS BAHASA MELAYU 2. Kata sendi nama PADA dan KEPADA merujuk kepada apa? Terima kasih. | 1. Pertandingan Bahasa Bahasa Melayu Persahabatan. 2. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas? | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih. | Makna | 15.10.2008 |
Salam. Saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas Koakademik iaitu mengelolakan Pertandingan Bahas Ala Parlimen, Pidato, Forum Remaja dan juga Pesta Pantun di kalangan murid-murid Daerah Petaling. Diharap pihak Tuan boleh mencadangkan saya tajuk-tajuk yang sesuai untuk diperbahaskan dan di pidatokan. Terima kasih. Nuraini bt Abd. Rahman | Untuk makluman puan, bagi Pertandingan Forum Remaja, tajuk Pertandingan Forum Remaja akan disediakan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan kepada pegawai JPN (JK Induk Pertandingan Forum Remaja) yang terlibat. Bagi pertandingan yang lain seperti bahas, pidato, pantun dan lain-lain, puan boleh berhubung dengan pihak penganjur untuk mengetahui statusnya. Lazimya tajuk sesuatu pertandingan dibina berdasarkan tema tertentu yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.02.2009 |
saya ry sralyhas belajar bahas melayu di fatoni universiti umur saya 20 tahun saya belajar jabatan usuluddin | Syabas kerana terpilih mempelajari bahasa Melayu. Sila kemukakan pertanyaan tuan tentang penggunaan bahasa Melayu dengan jelas untuk memudahkan kami membantu masalah yang tuan hadapi. | Lain-lain | 28.10.2015 |
Jelaskan proses prosodi dan suprasegmental bahas Melayu dengan perbandingan dialek Perak dan bahasa Melayu baku. | Saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku berkaitan dialek atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan atau boleh memohon bantuan pensyarah universiti bagi mendapatkan bahan-bahan ini. | Lain-lain | 17.10.2007 |
Mohon dapatkan istilah bagi kata 'Gallery Walk' dalam bahas Melayu. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "gallery walk" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "galeri susur minda" atau "galeri jelajah minda". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2015 |
Bolehkah perkataan 'konklusi' dalam karangan digunakan kerana dalam pertandingan pidato atau bahas, kita selalu dengar pelajar menggunakan perkataan 'konklusi'. | Konklusi tidak digunakan, yang betul ialah kesimpulan. | Istilah | 11.08.2008 |
As salam tuan, Bagaimana untuk saya dapatkan salinan sijil pengesahan Bahasa dari Dewan Bahas dan pustaka (DBP) untuk contoh draf papan tanda yang saya sertakan ini (dilampirkan dalam fail). Ini kerana sijil tersebut diperlukan untuk saya membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan dengan Majlis Perbandaran Jasin, Melaka. harap tuan dapat bantu saya. sekian terima kasih Hazlen Jisan 0196625360 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (carian melalui Google). Iklan yang disahkan oleh pihak kami akan memperoleh sijil pengesahan yang boleh dicetak untuk dikemukakan kepada pihak PBT. | Lain-lain | 21.11.2016 |
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |