| Salam 1Malaysia, Ayat yang betul... 1. PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU PERSAHABATAN atau PERTANDINGAN PERSAHABATAN BAHAS BAHASA MELAYU 2. Kata sendi nama PADA dan KEPADA merujuk kepada apa? Terima kasih. | 1. Pertandingan Bahasa Bahasa Melayu Persahabatan. 2. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Namun ayat contoh yang diberi tidak menunjukkan keterangan tentang waktu atau tempat dan juga sasaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272 - 276. | Tatabahasa | 01.04.2014 |
| Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
| 1) apakah ciri2 perbahas yg baik? 2) apakah perbezaan antara debat dan bahas? | Ciri-ciri pembahas yang baik antaranya melontarkan suara yg jelas, menguasai perbendaharaan kata bahasa Melayu dengan baik, latihan pernafasan, dapat menguasai pihak lawan dan khalayak, stamina yg banyak, dan sebagainya. Debat dan bahas mempunyai maksud yang sama. Terima kasih. | Makna | 15.10.2008 |
| berapakah kadar bayaran yang dkenakan untuk menterjemah nota atau kertas ilmiah teknikal dari bahasa inggeris ke bahas malaysia? berapapula kadar bayaran untuk 'proofreading' yang dikenakan oleh pihak tuan secara piawainya? | Kadar yang diguna pakai di DBP : bayaran terjemahan teks teknikal daripada bahasa Inggerius kepada bahasa Melayu ialah 0.15 sen/kata. Kadar bayaran penyemakan pruf teks teknikal ialah 0.015 sen/kata. | Lain-lain | 15.11.2007 |
| As salam tuan, Bagaimana untuk saya dapatkan salinan sijil pengesahan Bahasa dari Dewan Bahas dan pustaka (DBP) untuk contoh draf papan tanda yang saya sertakan ini (dilampirkan dalam fail). Ini kerana sijil tersebut diperlukan untuk saya membuat permohonan lesen premis perniagaan dan iklan dengan Majlis Perbandaran Jasin, Melaka. harap tuan dapat bantu saya. sekian terima kasih Hazlen Jisan 0196625360 | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (carian melalui Google). Iklan yang disahkan oleh pihak kami akan memperoleh sijil pengesahan yang boleh dicetak untuk dikemukakan kepada pihak PBT. | Lain-lain | 21.11.2016 |
| apakah yang dimaksudkan dengan takrif bahasa dan konsep bahasa secara umum. | Merujuk kepada Kamus Dewan, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Bahasa juga merujuk kepada percakapan yg baik, tingkah laku yg baik atau sopan santun. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengertian bahas dan konsepnya, saudara boleh membuat rujukan pada buku Kamus Dewan Edisi Keempat. Maklumat yang diperlukan terdapat dalam buku tersebut. | Makna | 03.10.2007 |
| 1. Adakah Bahasa Slanga pada satu masa nanti mungkin akan menjadi sebahagian daripada Bahasa Standard? 2. Apakah perbezaannya antara Bahasa Slanga dan Bahasa SMS? Bukankah penggunaan Bahasa Slanga juga boleh di kesan dalam Bahasa SMS? | Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. Sesuatu kata slanga itu sekiranya diputuskan oleh pakar-pakar bahasa boleh dijadikan bahasa standard (berdasarkan peruntukan tertentu). Bahas SMS pula ialah kata-kata yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit atau lain-lain bagi menyampaikan maksud secara ringkas melalui medium tulisan. Bezanya dengan bahasa slanga ialah kata-katanya boleh secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan soalan ini kepada pakar-pakar bahasa di pusat pengajian tinggi. | Makna | 11.03.2007 |
| Jelaskan proses prosodi dan suprasegmental bahas Melayu dengan perbandingan dialek Perak dan bahasa Melayu baku. | Saudara boleh membuat rujukan pada buku-buku berkaitan dialek atau mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan atau boleh memohon bantuan pensyarah universiti bagi mendapatkan bahan-bahan ini. | Lain-lain | 17.10.2007 |
| Adakah perkataan "Platform" di dalam Bahasa Inggeris boleh dierjemahkan kepada Bahasa Melayu menjadi "Platfom". Jika tidak, apakah perkataan yang boleh menterjemahkan "Platform" kepada Bahas Melayu? | Untuk makluman puan, ejaan yang betul ialah platform. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my untuk semakan ejaan yang betul. | Ejaan | 11.09.2013 |
| Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |