Salam sejahtera. Bahasa Cina atau bahasa China? Apakah perbezaan antara Cina dan China? Sekian, terima kasih. | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah bahasa Cina yang merujuk kepada bahasa yang digunakan oleh kaum Cina manakala China merujuk kepada negara. | Lain-lain | 28.04.2020 |
Bolehkan saya dapat senarai kata-kata pinjaman bahasa Cina yang terdapat dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada senarai khusus yang merupakan cabutan daripada mana-mana kamus tentang kata-kata pinjaman daripada bahasa Cina. Oleh itu, saudara perlu merujuk kamus untuk mengenal pasti senarai yang dimaksudkan. | Lain-lain | 17.11.2009 |
Adakah "angpau" telah menjadi kosa kata bahasa Melayu? | Angpau merupakan kata yang dipinjam dari bahasa Cina. Kata ini merujuk daripada bahasa Cina yang bermaksud sampul merah. | Lain-lain | 14.06.2007 |
Saya ingin beli sebuah kamus yang lengkap untunk Bahasa Malaysia ke Bahasa Cina (Mandrin) and Bahasa Cina(Mandrin) ke Bahasa Malaysia tetapi tidak tahu di mana dapat saya belinya. Saya hanya jumpa kamus untuk pelajar sahaja and saya berasa itu tidak mencukupi oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada dengan beritahu kepada saya dimana saya dapat membeli kamus demikian and siapa pencetaknya. Bolehkah saya beli melalui online? Saya sanggup beli software sekiranya tiada kamus demikian. Sekian terima kasih. daripada Belle | Pihak DBP belum menerbitkan Kamus Bahasa Melayu-Mandarin seperti yang dikehendaki. Saudara boleh mendapatkan kamus yang dikehendaki di kedai-kedai buku yang lain. | Lain-lain | 09.05.2010 |
salam,sy nak bertanya di mana sy nak membeli buku bahasa cina dan aktiviti sk tahun 1?ada di jual di pasaran kerana anak sy hilang buku tersebut.tk | Waalaikummussalam, Buku Bahasa Cina bukan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sdr dicadangkan menghubungi penerbit yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 26.03.2011 |
Syarikat kami menjalankan aktiviti Pengurup Wang di KLIA, bolehkah pihak kami ingin meletakkan bahasa Cina di papan tanda syarikat? | Salam sejahtera, Tuan, Penggunaan bahasa Cina pada papan iklan dibolehkan tetapi perlu ada padanan dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 17.05.2019 |
tuan, sila berikan perkataan dalam bahasa melayu dan bahasa cina untuk ' BUILDING SURVEYING' | Encik Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Terlebih dahulu kami mohon maaf kerana tidak dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Cina kerana tidak ada pegawai yang faham berbahasa Mandarin. Tetapi bagi terjemahan dalam bahasa Melayunya ialah kajian bangunan. terima kasih | Istilah | 15.07.2009 |
Selamat sejahtera. Soalan saya berkenaan nama orang China purba.Sebagai contoh, penyajak terkenal China, Li Bai mempunyai nama lain (dalam bahasa Cina ialah "zi", dalam bahasa Inggeris ialah "courtesy name") Taibai dan mempunyai satu lagi nama yang diberikan oleh diri sendiri (dalam bahasa Cina ialah "hao", dalam bahasa Inggeris ialah "literary name"), iaitu Qinglian Jushi (secara harfiah, Pertapa Teratai Hijau). Adakah zi dan hao boleh digunakan terus dengan dicondongkan, atau terdapat cadangan penterjemahan yang lebih sesuai? | Kami mencadangkan supaya perkataan zi dan hao dicondongkan sekiranya hendak digunakan dalam penulisan kerana kedua-duanya merupakan perkataan asing. | Lain-lain | 25.08.2017 |
apakah makna perkataan 'kiasu' | Kiasu ialah dialek dalam bahasa Cina yang bermaksud takut kalah. | Makna | 24.10.2009 |
Tuan/ Puan, Saya seorang penulis sewasta yang ingin mengembangkan bahan-bahan belajar bahasa Cina yang sesuai digunakan oleh penutur asli Melayu. Saya ingin bertanya bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan ini secara percuma di Perpustakaan Negara? Kalau tidak, bagaimana individu di publik boleh memohon perkhidmatan ini dan berapakah yuran tersebut? Sekian terima kasih. -- Yang benar, Kong SK | Sila berhubung dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 05.04.2010 |