Apakah asal usul bahasa melayu? | Terdapat beberapa teori yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, kumpulan bahasa Melanesia dan kumpulan bahasa Mikronesia. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 29.08.2023 |
Terima kasih atas jawapan kepada soalan saya: Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. Mengapakah perkataan bahasa dalam ayat itu tidak dieja dengan huruf besar (Bahasa Melayu) ? | Ejaan dan ayat yang betul ialah “Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu”. Frasa “Bahasa Melayu” yang dieja dengan huruf B dan M besar bagi merujuk mata pelajaran di sekolah. | Ejaan | 05.09.2023 |
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut? | Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah: senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif 1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain; 2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan; 3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya; persenjangan ڤرسنجڠن kata nama hal menjadi senjang; kesenjangan کسنجڠن kata nama keadaan senjang. Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut: Contoh 1: Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat. Contoh 2: Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. | Makna | 02.11.2024 |
Saya terbaca perkataan Pelajar Digital-Natif dalam skema pemarkahan....maka saya ingin kepastian sama ada perkataan "Natif" itu diterima pakai dalam penulisan esei Bahasa Melayu. Secara peribadi saya tidak bersetuju(amat tidak bersetuju) tentang pengaruh Bahasa Inggeris yang "terlampau" dalam Bahasa Melayu seperti Bahasa Indonesia. Mohon pencerahan.Terima kasih tuan. | Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang berkembang pesat di dunia ini. Tidak dapat tidak bahasa ini mengalami kemasukan kata-kata asing daripada bahasa lain termasuklah bahasa Inggeris. Keadaan tersebut sama seperti bahasa-bahasa yang lain di dunia. Kata "natif" merupakan salah satu contoh kata yang telah terserap dalam bahasa Melayu. Kata ini telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dengan tiga pecahan makna. Kehadiran kata ini dalam bahasa Melayu terbukti dengan penggunaannya yang meluas dalam korpus bahasa Melayu, misalnya dalam bidang linguistik. Masyarakat bebas menggunakan kata ini mengikut sistem dan laras bahasa Melayu yang sesuai. Berikut ialah makna kata natif dalam KDP: natif ناتيف kata adjektif 1. (berkenaan dengan bahasa) mula-mula dituturkan sejak lahir. Contoh: Cara mereka menyebut kata-kata pinjaman ini dipengaruhi oleh bunyi yang sepadan dalam bahasa natif mereka. 2. (berkenaan dengan penutur atau pengguna sesuatu bahasa) bertutur atau bercakap dalam bahasa tertentu sebagai bahasa pertamanya sejak lahir dan bukannya sebagai bahasa asing. Contoh: a) Orang Melayu penutur natif bahasa Melayu dan menggunakannya sebagai bahasa pertama. b) Pengguna natif bahasa ini ialah puak Cherokee di Amerika Utara. 3.(berkenaan dengan orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain) mula-mula tinggal di sesuatu tempat atau sesebuah daerah, negeri dan sebagainya sejak lahir atau tumbuh. Contoh: a) Dalam sejarah, penduduk natif Afrika Selatan pernah menjadi mangsa dasar diskriminasi kerajaan kulit putih di negara itu. b) Untuk landskap di Putrajaya, pokok natif dan yang rendah tahap senggaranya dipilih sebagai keutamaan.
| Makna | 09.01.2025 |
Bagaimanakah ejaan yang betul, Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Contoh ayat: Raju mahir bertutur dalam Bahasa/bahasa Melayu. | Jawapan yang betul ialah "Raju mahir bertutur dalam bahasa Melayu." | Ejaan | 30.08.2023 |
Apakah maksud bahasa melayu klasik? | Bahasa Melayu Klasik merujuk kepada bentuk bahasa Melayu yang digunakan pada zaman silam, terutamanya dari abad ke-13 hingga abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang dipakai dalam penulisan dan percakapan di wilayah Nusantara, seperti Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan kawasan sekitarnya, sebelum bahasa Melayu moden berkembang. Berikut merupakan beberapa buku rujukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu Klasik, sesuai untuk memahami sejarah, perkembangan, dan ciri-ciri bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang perkembangan bahasa Melayu, termasuk tempoh Bahasa Melayu Klasik.
-
- "Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdullah Hassan
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini secara khusus membincangkan tentang ciri-ciri bahasa Melayu Klasik dan evolusinya hingga ke bahasa Melayu moden.
-
- "Kesenian Bahasa Melayu Klasik" oleh Abdul Hadi W.M.
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Fokus kepada penggunaan seni bahasa dalam kesusasteraan Melayu Klasik seperti hikayat dan pantun.
| Penyelidikan | 09.09.2024 |
Asal usul bahasa Melayu | Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar. Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut: - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.
- "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.
- "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
- Penerbit: NUS Press
- Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.
- "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
- Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
- Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.09.2024 |
Salam sejahtera. Mohon semak tatabahasa teks terjemahan pada lampiran fail. Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Sila berikan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sesuaikan mengikut konteks dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.05.2025 |
Apakah pananan bagi "full body harness" yang merujuk perlindugan tubuh dalam bahasa Melayu? | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau bahasa-bahasa lain. Sila berikan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dan sesuaikan mengikut konteks dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.04.2025 |
Kenapa bahasa Melayu klasik dan bahasa istana perlu didedahkan kepada pelajar sekolah rendah mahupun sekolah menengah walaupun bahasa-bahasa itu tidak digunakan dalam perbualan seharian? | Terima kasih atas pertanyaan daripada pihak tuan/puan. Untuk makluman pihak tuan/puan, sebarang keputusan yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan dasar pendidikan di sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia. | Lain-lain | 12.11.2023 |