| Memohon bantuan semakan bahasa di iklan yang dilampirkan. Poster ini akan dipaparkan di Laman Web Rasmi dan Media Sosial Kem. Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan PERHILITAN | Kami cadangkan pembetulan seperti yang berikut: 1. Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita" 2. Tambah perkataan kita dan masukkan titik dalam ayat “Sekiranya tindakan luar biasa (extraordinary actions) tidak dilakukan dari sekarang, negara kita akan kehilangan spesies ikonik ini buat selama-lamanya. ” 3. Masukkan titik untuk singkatan: HJ. NASARAH | Lain-lain | 21.07.2021 |
| Apakah kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat berikut: "Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai Jun depan." | Ayat yang betul ialah: Seperti yang kita sedia maklum, Universiti Malaya akan dikorporatkan mulai bulan Jun. | Tatabahasa | 25.03.2008 |
| Pihak Jabatan ingin memohon bantuan DBP untuk membuat semakan bahasa di poster ini. Poster ini akan dipaparkan melalui Laman web dan media sosial rasmi | Kami cadangkan pembetulan seperti berikut: 1. "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita" 2. "Memulihara Harimau Malaya ini xxxx" (rapatkan tanda petik "xxx" dengan perkataan) 3. XXX HJ. NASARAH (letak titik untuk singkatan) | Ejaan | 21.07.2021 |
| Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. | Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 23.02.2018 |
| Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut? | Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya. Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
| Ishak Sairozi Jun 19th, 11:49am Assalammualaikum w.b.t... Saya Ishak Sairozi, Yang DiPertua Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Saya ingin menyatakan minat saya untuk menyertai sebanyak mungkin program yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di UM kami menganggap persatuan kami umpama cawangan DBP di UM yang ingin berjuang untuk mengangkat kedaulatan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kekurangan dana dalam persatuan menyebabkan kami sukar untuk menjalankan beberapa program. Justeru, kami sangat berbesar hati untuk menyertai apa-apa sahaja program yang dianjurkan oleh DBP. Beserta ini saya sertakan nombor telefon dan emel saya, 0172493805 ishaksairozi@gmail.com | Terima kasih. Pihak kami amat berbesar hati dan akan mengambil tindakan susulan. | Lain-lain | 19.06.2014 |
| saya Afnanee Panae sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,uiy.Ingin bertanya DBP,Apakah cara mula menuulis karangan bahasa Melayu.Terimakasih. | Untuk permulaan untuk menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004. | Lain-lain | 24.10.2013 |
| Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.10.2012 |
| dimana dan bagaimanakah cara untuk saya belajar bahasa melayu klasik?terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bertanya. | Silrujuk Fakulti Bahasa di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kursus Bahasa Melayu Klasik. | Lain-lain | 02.03.2008 |
| Perbezaan antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Sejarah perkembangan bahasa melayu di kedua-dua negera. Kerana saya sekarang di Beijing, bahan berkenan tidak cukup, bolehkah hantar sebanyak mungkin bahan berkenanan kepada saya. terima kasih banyak. | Saudari Amirah Beijing, Bersama-sama ini disertakan senarai buku yang berkaitan dengan tugasan pembelajaran saudari di BFSU Beijing. Oleh sebab kedudukan georafi sdri yang jauh, sdri dicadangkan menghubungi pegawai pustakawan Pusat Dokumentasi Melayu, untuk mengadakan perbincangan tentang perolehan pinjaman atau penghantaran bahan secara digital. Pegawai Pustakawan tersebut ialah Encik Nik Aman Nik Yusof e-mel:aman@dbp.gov.my atau Encik Mohd. Hiezam Hashim e-mel: izammh@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih, Razali Che Mat Pegawai Komunikasi Korporat DBP razali3@dbp.gov.my | Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025 | [tiada pengarang] | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2007 |
| Bentuk-bentuk kata bahasa Melayu dan Indonesia | Musa Daia | Pustaka Aman Press | 1974 |
| Morfologi-sintaksis bahasa Melayu (Malaya) dan bahasa Indonesia: satu perbandingan pola | Asmah Haji Omar | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1968 |
| Lain-lain | 04.06.2008 |