Saya Komariyah Satapo, Sedang belajar Bahasa Melayu,di Pusat Bahasa antarabangsa UIY Thailand. Ingin betanya tentang Tatabahasa, Apakah maksud kata nafi,Terima kasih. | Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi" | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya Nurafifa Doloh sedang belajar bahasa melayu di pusat bahasa antarabangsa UIY Thailand, ingin bertanya tentang Tatabahasa,apakah maksud kata sendi nama,Terimakasih | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, bagi, ke, dari, daripada dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 265 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya Mawaddah Masae Sedang belajar Bahasa Melayu di Akademi Bahasa Antarabangsa,YIU,Thailand.ingin bertanya DBP Saya ingin mendapat maklumat tentang Tatabahasa, apakah maksud "Ayat sunsang" Terima kasih. | Ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya Mawaddah Masae, sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. Ingin bertanya : Buku tengtang puisi melayu yang berhubungan dengan Selatan Thai.Terima kasih. | Untuk makluman tuan, tiada maklumat khusus berkenaan puisi yang berhubungan dengan selatan Thai dalam data kami. Kami mencadangkan puan boleh membuat rujukan di perpustakaan cawangan DBP atau Pusat Dokumentasi DBP, di Menara DBP. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Saya Nik-azfar Nikdeha sedang belajar Bahasa Melayu dasar, di Pusat Bahasa Antarabangsa ingin bertanya.Tentang tatabahasa melayu ayat pasif yang saya tidak faham.Terima kasih. | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing).Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
1.apakah takrif bahasa daripada 5 orang ahli bahasa(antarabangsa) 2.apakah yang boleh dikaitkan dengan bahasa sebagai satu sistem? | Soalan saudara memerlukan pembacaan dan kajian yang luas untuk mendapatkan jawapannnya. Oleh itu, sila rujuk kertas buku/makalah yang berkaitan dan untuk makluman saudara soalan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. | Lain-lain | 05.07.2010 |
Saya Nadiroh Bueto sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat bahasa antarabangsa , UIY. Ingin bertanya buku sejarah Melayu di selatan Thailand. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, dalam data kami, tiada buku sejarah Melayu di selatan Thailand terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk merujuk sejarah ringkas bahasa Melayu, halaman 3-20. | Tatabahasa | 24.10.2013 |
saya Afnanee Panae sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,uiy.Ingin bertanya DBP,Apakah cara mula menuulis karangan bahasa Melayu.Terimakasih. | Untuk permulaan untuk menghasilkan karangan yang baik, puan disarankan supaya membaca banyak bahan bacaan ilmiah. Dalam karangan bahasa Melayu, terdapat beberapa aspek utama, iaitu pendahuluan, isi dan penutup. Karangan yang baik lazimnya terletak pada kekuatan wacana yang dikupas dan diolah dengan baik, disokong dengan pembentukan ayat yang berkesan melalui kosa kata yang tepat dan indah. Puan juga boleh merujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Saya nama Nurdin sedang belajar bahasa Melayu dasar,Di pusat Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bagaimanakah langkah dan cara mempersiapkan diri ke alam Universiti yang terbaik.Terima kasih. | Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Saya Muslimah Deng sedang belajar bahasa Melayu dasar di Pusat Bahasa Antarabangsa,UIY. ingin bertanya:Cara tiknik dalam membaca itu ada berapa cara.Terima kasih. | Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Buku-buku ini ialah terbitan DBP. | Lain-lain | 24.10.2013 |