Apabila menggunakan kata nama khas bahasa asing dalam bahasa Melayu, perlukah dicondongkan seperti kata nama am bahasa asing? Contoh: nama-nama majalah, tempat dsb | Kata (kata nama am atau kata nama khas) dan ayat dalam bahasa asing ditulis condong dalam teks bahasa Melayu. | Tatabahasa | 01.01.2015 |
Saya ingin bertanya, apakah kepentingan penguasaan bahasa asing untuk kemajuan negara? Bagaimanakah cara untuk mengekal dan mendaulatkan bahasa Malaysia di samping menguasai bahasa asing sperti bahasa Jepun, Rusia dan Inggeris? | Bahasa asing perlu juga dikuasai untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam pelbagai bidang. masih terdapat banyak buku rujukan dalam bahasa asing yang belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan mengamalkannya dalam urusan harian kita dan juga di peringkat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan mengamalkannya seharian hingga ke peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 27.04.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, penggunaan bahasa asing dalam tajuk harus dicondongkan atau tidak? Sekian, terima kasih | Penggunaan bahasa asing dalam tajuk boleh ditulis secara condong atau ditulis dalam pengikat kata "..." | Lain-lain | 19.12.2014 |
kepada soalan mengapa perlunya peminjaman bahasa asing di masukkan ke dalam bahasa melayu..saya memerlukan artikel atau sesuatu bukti melalui buku atau bahan bacaan lain..terima kasih | Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.10.2006 |
Adakah saya boleh memendekkan 'cinta akan' menjadi 'cintakan' dan 'suka akan' menjadi 'sukakan' untuk terjemahan tidak-untung (non-profit) untuk dipaparkan sebagai sarikata dalam video bahasa asing yang bergerak laju? dalam video bahasa asing itu, bhg awalnya dia kata 'Saya sangat suka' ketika berbasikal mengejar kereta api terbang yang hendak bergerak keluar dari landasan ke arah langit, kemudian dia berhenti berkata sekejap (2 saat) sebelum menyambung 'sukakan X', 2 saat kemudian 'sukakan Y' (X dan Y ialah nama watak penggantian (substitution)) | Dalam memerikan unsur emotif perkataan perkataan yang betul ialah cinta akan dan suka akan. Oleh itu, dalam memerikan unsur emotif yang seterusnya perkataan yang digunakan mestilah sama, iaitu suka akanĀ X dan suka akan Y. | Tatabahasa | 24.02.2014 |
nyatakan sebab-sebab perlunya unsur serapan dalam bahasa melayu? | Kata serapan ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman unsur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Untuk makluman lebih lanjut sila dapatkan Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Saya sering keliru dengan penggunaan italik untuk bahasa asing, seperti Bahasa Inggeris. Apa yang saya faham, ayat dalam bahasa asing perlu italik. Bagaimana pula nama kolej, nama kursus dll? Adakah kata nama khas dalam bahasa Inggeris tak perlu diitalik, sebaliknya huruf besar pada awal perkataan? | Sdr. Rina, Penggunaan bahasa asing yang yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Kenapa perlu dimelayukan perkataan inggeris namun sebutannya dalam bhasa melayu seperti suspek dan bukannya saspek. | Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Peminjaman dilakukan kerana beberapa faktor, antaranya termasuklah: tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena) dan perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing. Walau bagaimanapun sebutan kata pinjaman adalah seperti ejaan, jika suspek, sebutannya juga suspek (bukan saspek). | Istilah | 15.07.2016 |
Assalamualaikum, Adakah buku atau sebarang jenis karya yang diterjemahkan daripada bahasa asing (selain daripada bahasa Inggeris) ke dalam bahasa Melayu dan buku yang sama juga diterjemahkan daripada bahasa asing ke dalam Bahasa Inggeris dan daripada bahasa Inggeris diterjemahkan pula ke dalam bahasa Melayu. Jika ada, bagaimana saya boleh mendapatkannya? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan tentang buku dalam bahasa Melayu, boleh hubungi DBPNiaga melalui talian KHIDMAT PELANGGAN 03-4101 0023/0025 atau LANGGANAN MAJALAH 03-4101 0029/0033 | Lain-lain | 27.05.2019 |
Assalamualaikum Tuan/puan/cik, 1.Boleh atau tidak tanda sempang- digunakan untuk merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing.Contohnya: meng-upgrade-kan,meng-emel-kan | Bahasa Melayu tidak boleh dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain seperti contoh yang diberikan, ini juga dikenali sebagai bahasa rojak. | Lain-lain | 20.01.2009 |