apakah perbezaan perkataan 'TUBUH' dan 'BADAN'? Dalam kajian ilmiah saya perlu tulis 'Bahasa TUBUH' atau 'Bahasa BADAN'? | Dalam pangkalan data istilah DBP, kedua-dua istilah "bahasa badan" dan "bahasa tubuh" adalah sama dan boleh digunakan. | Istilah | 27.11.2014 |
soalan 1) apakah maksud "bahasa"? 2) apakah maksud "badan"? 3) apakah maksud "seni"? 4) apakah maksud "berbahasa"? 5) apakah maksud "bahasa badan"? 6) apakah maksud "seni baerbahasa"? 7) apakah maksud "bahasa badan seni berbahasa"? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Badan ialah tubuh, jasad (manusia). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 13.01.2009 |
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu. | Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. | Lain-lain | 15.01.2011 |
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "Cowabunga" yang merujuk kepada used to express delight or satisfaction. Terima kasih | Tidak ada terjemahan cowabunga dalam sumber rujukan kami. Cowabunga ialah perkataan baharu yang dicadangkan. Berdasarkan huraian maksudnya cowabunga boleh diterjemahkan kepada ungkapan (dalam bentuk ucapan) atau gambaran (dalam bentuk bahasa badan) kegembiraan atau kepuasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.11.2017 |
MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERIS | Badan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Urusan surat menyurat didalam sektor awam haruslah dibuat di dalam bahasa melayu. Bagaimana pula dengan badan-badan berkanun, Suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan. Adakah semua urusan harus dibuat di dalam bahasa melayu juga. | Surat-menyurat dalam sektor awam dan badan berkanun, suruhanjaya dan syarikat-syarikat kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Ini bersesuaian dengan Pekeliling Bilngan 1/2006 - Penggunaan bahasa kebangsaan Dalam Urusan Rasmi. | Lain-lain | 11.05.2007 |
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "posing trunks", iaitu sejenis seluar yang dipakai oleh ahli bina badan semasa pertandingan bina badan? | Dicadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan ialah seluar sukan bina badan. | Istilah | 26.04.2008 |
salam.Saya ingin bertanya adakah sesuatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat pemantauan daripada pihak DBP? hal ini kerana, beberapa bulan yang lepas, saya terbaca surat yang dikeluarkan oleh pihak bomba terdapat banyak kesalahan bahasa termasuk ejaan lama. bukankan surat tersebut merupakan surat rasmi dan sebagai satu badan yang dikenali umum, saya berpendapat kesalahan tersebut tidak wajar dilakukan. diharap pihak DBP dapat memantau hal ini.terima kasih. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peyemak atau memantau surat daripada mana-mana agensi secara langsung. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa untuk masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan di jabatan masing-masing. | Lain-lain | 24.10.2008 |
Badan berkanun apa yang tidak diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ? | Semua agensi kerajaan termasuk badan berkanun wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, tiada yang terkecuali dalam hal melaksanakan peruntukan Perkara 52, Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. | Lain-lain | 25.09.2014 |
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti iii. Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.
| Tatabahasa | 19.02.2020 |