Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahasa yg digunakan sehari-hari dlm keadaan tidak rasmi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahasa basahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah bahasa kolokial dan bahasa basahanMenurut kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku). Ini bermakna bahasa basahan juga bahasa kolokial.Lain-lain29.01.2007
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh.Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau.Tatabahasa10.08.2007
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya panduan mengenai terjemahan English-Malay bagi dialog seperti dalam gambar. Bolehkah dikekalkan bahasa basahan yang digunakan dalam b.inggeris apabila diterjemahkan ke dalam bahasa melayu? Di dalam novel ini, bahasa basahan yang digunakan adalah identiti watak. Contoh terjemahan bagi ayat di dalam gambar "“Tengoklah Budak Mentah ni,” ujar satu suara yang parau; Thomas tidak dapat mengetahui arah suara itu. “Kepala tu asyik terpusing ke kiri ke kanan tengok tempat baru ni. Boleh patah leher kalau macam tu.”" Terima kasih.Perkataan budak mentah boleh digunakan, tetapi huruf ditulis dengan huruf kecil.

Terima kasih.
Lain-lain17.05.2022
Jika sebuah novel bahasa inggeris menggunakan bahasa basahan/slanga bagi dialog, adakah dibolehkan untuk mengikut laras bahasa yang sama jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu? Bahasa basahan/slanga yang digunakan di dalam novel tersebut merupakan identiti watak-watak dan merupakan bahasa yang asing bagi orang baru dikenali.Sudah dijawab. Lain-lain17.05.2022
Adakah penggunaan "duduk" dalam "Dia duduk di bandar." ialah bahasa basahan?​Assalamualaikum, 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020: hlm. 545), perkataan duduk membawa makna menetap atau tinggal di sesuatu tempat, rumah dan sebagainya (makna 2). Oleh itu, penggunaan perkataan duduk dalam ayat "Dia duduk di bandar." bukan bahasa basahan

Terima kasih.
Makna10.04.2025
saya memerlukan senarai unsur-unsur bahasa basahan dan kajian yang telah dilakukan. harap pihak dbp dapat memberi cadangan dan membantu masalah saya. terima kasih

Bahasa basahan tergolong ke dalam jenis neka bahasa rendah. Ciri-ciri bahasa rendah tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa, sebutan, dan penggunaan kata. Ia menggunakan sistem sapaan dan ganti nama yang menunjukkan kemesraan, pertalian keluarga dan kebiasaan dalam kelompok masyarakat tertentu. Ia banyak menggunakan sebutan tidak baku seperti sebutan dialek dan basahan, kosa kata dialek, kata-kata ringkas dan lambang-lambang tulisan yang tidak ada dalam sistem ejaan rasmi, dll. Lazimnya kebiasaan ini adalah peribadi sifatnya, dan tidak dimengerti oleh semua orang. Ada kalanya, kita tidak dapat memahami maksud yang ada pada penutur atau penulisnya. Neka bahasa rendah ini adalah untuk ahli kelompok masyarakat yang dikenali dengan mesra, rapat dan biasa saja. Neka ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi.

Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan  maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Lain-lain05.02.2009
berikan perbezaan aku dan sayaBeza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya.Istilah08.10.2013
Perkataan "berlepak-lepak" ada maksud tak?Perkataan "berlepak-lepak" ialah bahasa basahan/percakapan yang  merujuk perbuatan menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. 


 
Makna22.03.2022
Assalamualaikum. Apakah maksud "cikai / chikai"? Dialek negeri manakah itu? Terima kasih.Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat.Makna07.05.2013
Apakah perbezaan antara cikgu dan guru
Perkataan cikgu dan guru mempunyai makna yang hampir sama tetapi laras dan kaedah penggunaannya adalah berbeza. Perkataan cikgu digunakan dalam bahasa basahan untuk merujuk kepada guru, iaitu orang yang kerjanya mengajar atau mendidik
pelajar secara formal di sekolah. Cikgu juga digunakan sebagai kata panggilan kepada orang yang mengajar secara formal
di sekolah. Saya memetik olahan cikgu dan guru daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk rujukan saudara, iaitu:



cikgu 
n 1 panggilan kpd orang yg mengajar secara formal di sekolah: Cikgu Sahar membawa murid-muridnya
beriadah di Taman Tasik Titiwangsa. Saya ingin belajar tarian ini, boleh cikgu tunjukkan
caranya?
2 bb orang yg mengajar secara formal di sekolah; guru: Kedua-dua cikgu itu baru tahun ini
mengajar di sekolah kami.


guru
n 1 orang yg kerjanya mengajar atau mendidik pelajar secara formal di sekolah: Pelajar perlu
menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dlm kelas.
2 orang yg mengajar atau mendidik ttg
sst perkara, bidang dsb: Masalahnya bermula apb guru kelas gimnastik enggan meneruskan kelasnya.
tGuru beliau dlm bidang fiqah ialah Sufyan al-Sauri, Malik bin Anas dan Abu Hanifah.
3 pemimpin
agama Hindu;
Makna24.08.2023
12345

Kembali ke atas